BTC USD 83,389.5 Gold USD 4,281.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Taawon - programtaawon.com


HAMBA tak pernah bli ayam kat pasar..:D

aik dalam program sebegini same ke ng konsep JUAL BELI ayam? :o
tn juga yg tanya ..halal ke biz ini!!
mmg lh halal...!!!

so cmne plk hasil keuntungan yang diberi oleh syarikat kepada AHLI? kepada ahli2 yang pasif nie? bukankah nie concept maen rolling2 duit?


sykt x ada beri apa2 keutungan kpd ahli...ahli2 yg beri
keutungan pd sykt!!!


cmne plak kepada AHLI2 lame yg dah dpt keuntungan pastu STOP... sape plk nak bantu orang baru? adakah AHLI akan datang plak?
sudah dijwp..sila tn buka blk thread sblm ini!!!
 
relek2 bro..
mmg hebat plan tawoon ni..
member aku dah explain sedikit sebanyak kat ym..
hehhe..

cuma modal tu la masalahnye..beso..~X(~X(~X(~X(:((:((:((:((

pasal modal bro jgn ..risau..
hubgi sy:0136301157
bkn nak sombong....stkt ini..dah
dpt RM14K...tu..plan aktif....
klu menjadi 1% sja blh dpt RM700K
(inshallah ke arah tu..)dan
plan pasif baru dpt RM920...yg..ini
klu game blh dpt RM28K..x perlu cr org!!
 
UTK ORG2 MELaKA!!!!
JGN LUPA MLM INI....ADA TAKLIMAT TAAWON!!!


BERTEMPAT:-DI KINGS HOTEL,AYER KEROH ,MELAKA
BERSEBLHAN DGN HOSPITAL PANTAI,MELAKA

BERTARIKH : 4/12/2009 (MALAM INI)

MASA :JAM 8.00 MLM


DATANGLH BERAMAI RAMAI....
ADA TAWARAN - POTONGAN RM100.00
MENANTI ANDA!!!!
HUBGI :-0136301157
 
UTK ORG2 MELaKA!!!!
JGN LUPA MLM INI....ADA TAKLIMAT TAAWON!!!


BERTEMPAT:-DI KINGS HOTEL,AYER KEROH ,MELAKA
BERSEBLHAN DGN HOSPITAL PANTAI,MELAKA

BERTARIKH : 4/12/2009 (MALAM INI)

MASA :JAM 8.00 MLM


DATANGLH BERAMAI RAMAI....
ADA TAWARAN - POTONGAN RM100.00
MENANTI ANDA!!!!
HUBGI :-0136301157

macam best bunyi nya,berapi-api,,tapi TT dah kaya tol sbb dah dapat 5angka seminggu..betoi ka
 
macam best bunyi nya,berapi-api,,tapi TT dah kaya tol sbb dah dapat 5angka seminggu..betoi ka
TT tlg email keterangan kat sy juga.JB dah ada agen ke?kalu x de biar sy jadi tikus putih pertama..dah masuk juga game cam ni dulu2 tpi semua separuh jalan..selalunya kalu dah x de org masuk pasti akan stuck di separuh jalan..kalu harap org lama berapa org na..tpi yg penting company x hold duit dan semuanya melalui wang pos..anyhow email dulu dan JB bila ada road show.
 
macam best bunyi nya,berapi-api,,tapi TT dah kaya tol sbb dah dapat 5angka seminggu..betoi ka

ini bkn ceta kosong...
ada ahli dah...cecah RM100K...!!!
klu x percaya!!terserah....
 
TT tlg email keterangan kat sy juga.JB dah ada agen ke?kalu x de biar sy jadi tikus putih pertama..dah masuk juga game cam ni dulu2 tpi semua separuh jalan..selalunya kalu dah x de org masuk pasti akan stuck di separuh jalan..kalu harap org lama berapa org na..tpi yg penting company x hold duit dan semuanya melalui wang pos..anyhow email dulu dan JB bila ada road show.


ape email tn????
skg hampir 400 org ahli
dah nak game dan mereka ini akn masuk
kembali dan bantu ahli baru!bgitulh seterus,spai bla2!!

cpt join!! ada potongan RM100.00
dr sy!!!
 
sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16016&Itemid=50

Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam
Fri | Jul 25, 08 | 7:05:40 pm MYT


Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka.
Iklan

Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.

Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

Unsur-unsur haram yang dapat dikesan

Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1.�Unsur Gharar

Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.

Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.

Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.

Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2.�Riba

Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.

Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

3.�Judi

Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.�

Beberapa jawapan kepada kekeliruan

Mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

1.�Sumbangan atas alasan hibah

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.

Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.

Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi�Muhammad s.a.w. yang maksudnya: "Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba."

Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.

Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat."

2.�Sumbangan mestilah ikhlas membantu.

Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.

Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa� ayat 29 yang maksudnya: "Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu."

Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3.�Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.

Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

Penutup dan kesimpulan

Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.

Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.

Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.- tajdid
 
Back
Top
Log in Register