BTC USD 77,309.0 Gold USD 4,346.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Pembentukan Sahsiah, Disiplin PDRM Diperluas Ke Sekolah Rendah - JPNWPKL

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Program Pembentukan Sahsiah, Disiplin PDRM Diperluas Ke Sekolah Rendah - JPNWPKL​

278b5d198afe77139b6eecae82a1c7116a461c41d71ff

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus bergambar ketika hadir pada Majlis PDRM dan Murid Berpisah Tiada di Sekolah Rendah Kebangsaan La Salle 2, Jinjang hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Program pembentukan sahsiah dan disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini diperluas ke sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur bagi membentuk jati diri murid sejak awal persekolahan.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPNWPKL) Megat Affandi Ismail berkata program itu yang sebelum ini dilaksanakan di sekolah menengah turut bertujuan mengelakkan murid terjebak dengan gejala sosial.

Beliau berkata peluasan program itu susulan impak positif kerjasama strategik antara Polis Kuala Lumpur dengan JPNWPKL, termasuk penurunan kes disiplin dan jenayah membabitkan pelajar sekolah menengah sebelum ini.

“Hasil kerjasama erat antara kedua-dua pihak sejak beberapa tahun lepas turut menyaksikan peningkatan kehadiran pelajar ke sekolah selain pengurangan kes jenayah dan disiplin.

“Alhamdulillah, dengan komitmen pihak polis (bersama-sama sekolah), kita dapat lihat kehadiran pelajar di Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan dan kes jenayah melibatkan pelajar juga menunjukkan penurunan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program PDRM Bersama Murid: Berpisah Tiada, Membina Sahsiah, Menyemai Disiplin dan Lokasi Kesedaran Lalu Lintas di Sekolah Kebangsaan La Salle 2 Jinjang, di sini hari ini.

Megat Affandi berkata kes buli di sekolah turut menunjukkan trend penurunan hasil komitmen Polis Kuala Lumpur yang aktif turun padang termasuk ke asrama sekolah.

“Kerjasama itu memberikan kesan kepada pencapaian akademik pelajar apabila keputusan peperiksaan awam di Kuala Lumpur mencatat peningkatan memberangsangkan.

“Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini adalah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun, manakala keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) turut merekodkan prestasi terbaik dalam tempoh sama,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register