BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program PANTAS Ukur 25,591 Lot Tanah Di Sabah Sejak 2020

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Program PANTAS Ukur 25,591 Lot Tanah Di Sabah Sejak 2020​

00505163e8720bcfd63f42a14dba40606a5f45ddd58db

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih

Program Khas Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) berjaya mengukur 25,591 lot melibatkan keluasan keseluruhan 33,891.181 hektar di seluruh negeri dari Januari 2020 hingga Jun tahun ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih berkata program itu merupakan inisiatif kerajaan bagi mempercepat kerja pengukuran tanah Anak Negeri telah diluluskan, sekali gus memudahkan proses pengeluaran hak milik tanah kepada pemohon yang layak.

Beliau berkata sebanyak 53 pasukan juruukur ditugaskan untuk menjalankan kerja pengukuran tanah di seluruh daerah menerusi program berkenaan.

“Bagi tempoh Januari 2020 hingga Jun 2026, Program PANTAS telah menerima peruntukan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM83 juta.

“Pada 2026, peruntukan berjumlah RM1 juta telah pun disalurkan kepada Jabatan Tanah dan Ukur bagi pelaksanaan program tersebut. Sebanyak 53 pasukan Juruukur telah ditugaskan untuk menjalankan kerja- kerja pengukuran tanah di seluruh daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Usukan) mengenai jumlah peruntukan serta keluasan tanah yang berjaya diukur menerusi program itu.

Menjawab soalan tambahan Isnaraissah sama ada peruntukan berkenaan mencukupi, Isnin berkata dana yang ada dijangka dapat menampung pelaksanaan Program PANTAS hingga akhir tahun depan.

“Peruntukan yang kita terima daripada persekutuan sebenarnya setakat hari ini mencukupi hingga hujung tahun hadapan. Kita lebih kurang ada lagi dalam simpanan lebih kurang RM8 juta,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 26,808 permohonan tanah masih dalam tindakan di pejabat tanah daerah di seluruh Sabah setakat 30 Jun lepas.

 
Back
Top
Log in Register