TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR, 28 Jun -- Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa program beruang panda dilaksana dengan peruntukan program pemuliharaan spesies terancam.
Sebaliknya kata beliau, sebahagian perbelanjaan akan ditampung menerusi kutipan bayaran masuk ke kawasan panda terbabit di Taman Wetland, Putrajaya.
"Selain itu Yayasan 1Malaysia Development Berhad juga akan menanggung separuh daripada kos membina fasiliti untuk menempatkan beruang panda terbabit," katanya kepada Bernama, di sini.
Katanya keputusan kerajaan untuk menempatkan dua ekor beruang panda yang dipinjam dari China di sini tidak akan menjejaskan komitmen kerajaan dalam usaha memulihara pelbagai spesies terancam lain di negara ini.
"Program pemuliharaan kita masih berjalan. Kerajaan prihatin mengenai isu ini, sebab itu kita ada program seperti Pelan Tindakan Harimau Kebangsaan," katanya.