BTC USD 47,155.9 Gold USD 1,753.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program makanan mampu milik bantu tingkat ekonomi Selangor

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,951
Reaction score
2,197
Points
206
Majlis-Perasmian-Pusat-Pengumpulan-dan-Pemasaran-Produk-Usahawan-Veterinar-Vetmart-Parit-Baru-Serta-Pelancaran-Direktori-Usahawan-Jabatan-2017-REMY.jpg

AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Selari tugasnya sebagai Penyelia Pusat Wanita Berdaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Zawiah Wan Daud menyifatkan penyertaannya dalam Skim Berniaga Mikro Nasi Lemak membantu beliau memahami kelebihan teknologi dalam proses penyediaan makanan.

“Jadi, apabila saya sertai skim perniagaan ini, saya hanya perlu membuat tempahan dan segalanya sudah disiapkan. Saya hanya perlu memanaskan produk namun kualiti makanan itu tetap terjaga,” katanya kepada Bernama.

Zawiah, 55 merupakan antara 47 peserta kumpulan pertama di Selangor yang menyertai Skim Berniaga Nasi Lemak di bawah Program Makanan Mampu Milik yang dilancarkan Standard Jubilee Sdn Bhd (In4tec) pada Oktober lalu.

In4tec menjalin kerjasama erat dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Sdn Bhd berkaitan Ekonomi Digital Islam (IDE) dengan memberi fokus terhadap Teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan Halalan Toyyiban dalam bidang pemakanan melalui ‘Handheld Terminal’ serta bayaran digital.

Ketua Pegawai Eksekutif In4tec Loke Lee Sah berkata program berkenaan akan menyokong usahawan yang terdiri daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam menjana pendapatan melalui suntikan modal, kelengkapan niaga, teknologi, latihan dan sokongan.

“Istimewanya, dalam program ini usahawan yang terlibat hanya berperanan menjual produk mereka yang telah disediakan oleh kami. Kami menyediakan produk secara ‘mass production’ menggunakan teknologi moden dengan produk kemudiannya disejukbekukan.

“Jadi, setiap usahawan yang terlibat ini hanya perlu membuat tempahan makanan dan mengambil produk mereka di pejabat DUN,” katanya yang bercadang untuk memperluaskan program ini ke seluruh negara pada masa akan datang.

Katanya, buat masa ini, skim perniagaan yang ditawarkan berasaskan makanan dengan permulaannya adalah nasi lemak dengan pelbagai jenis lauk-pauk selain bihun goreng dan kuih-muih.

Sementara itu, Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Haniza Talha berkata program itu bertujuan meningkatkan ekonomi warga bandar, khususnya kaum wanita.
Katanya, Kerajaan Negeri prihatin dengan keperluan rakyat dan cabaran hidup masa kini terutama apabila kos sara hidup yang semakin tinggi ekoran keadaan ekonomi yang kurang rancak.
“Program ini dilihat mampu mengubah taraf ekonomi rakyat Selangor, lebih-lebih lagi dengan sokongan dan bantuan pinjaman mikro oleh Hijrah Selangor,” katanya.

-BERNAMA
 

CG Sponsors




Top
Log in Register