BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Kemasyarakatan AJRC

mywebs2u

Fun Poster
Messages
519
Joined
May 19, 2010
Messages
519
Reaction score
0
Points
10
AJRC satu program yang diwujudkan bagi menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kemasyarakatan..Ianya timbul dari kesedaran perpaduan dan pembentukan masyarakat secara meluas mampu memberikan perubahan besar dalam menangani masalah sosial dan ekonomi di negara ini.. Antara Objektif AJRC ini ialah dari Perkataan A J R C itu sendiri:- A - AMANAH : Amanah yang diberikan kepada manusia oleh Allah Taala sebagai KHALIFAH di BUMI ini untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang seharusnya dirancang dan dilaksanakan. J - JARIAH : Menjadi tanggungjawab ahli menjalankan amal JARIAH dalam usaha membantu mereka yang daif terdiri darii anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan golongan yang memerlukan. R - RIADAH : Mewujudkan ahli yang sihat melalui kegiatan RIADAH samada berbentuk rohani dan jasmani. Dengan cara ini ahli akan mampu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kumpulan mereka. C - CAKNA : Perihatin kepada masalah sosial yang sedang meruncing sekarang ini samada masalah dadah, jenayah dan sebagainya. Kesedaran inilah yang akan menjadikan lebih ramai ahli AJRC dapat mempertanggungjawabkan diri mereka untuk memastikan AJRC terus mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
 
Siapa Yg Layak

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI AJRC

* Perseorangan
* Usahawan,
* Syarikat dan IKS
* Komuniti
* Syarikat MLM
* Agensi Insurans/Takaful
* Pusat-pusat servis
* Pusat-pusat jualan
* Stesen Minyak
* Agensi kerajaan
* Sekolah /PIBG
* Persatuan dan NGO
* Kolej/university
* Ahli politik-YB dan sebagainya
* Persatuan Penduduk / Masjid dll
* DAN PELBAGAI LAGI yang tidak mengira umur dan pangkat Kami mengalu-alukan para remaja-remaja muda kita mengambil peluang dan melahirkan pemuda berjiwa bangsa.
 
Naungan, Misi Visi

AJRC GLOBAL RESOURCES(KT0242631-V) telah ditubuhkan pada tahun 2008 oleh saudara En Faizul Bin Hj Yusoff yang beralamat di 1370 Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

MISI AJRC
1. Memberi penekanan kepada semua remaja mencintai agama, bangsa dan tanahair.
2. Memberi peluang kepada remaja untuk memberi khidmat kepada negara.
3. Melahirkan remaja yang bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah diri sesama sendiri.
4. Membawa remaja dalam dunia yang lebih ceria dengan aktiviti kemasyarakatan.
5. Membantu pihak kerajaan dalam usaha membendung gejala sosial.
6. Menuntut agar semua remaja mengenali diri dan menghormati orang tua mereka.
7. Mewujudkan kumpulan remaja yang perihatin dengan aktiviti sosial.


VISI AJRC
1. Menjadi sebuah komuniti yang berjaya melahirkan remaja bertaraf profesional.
2. Membina sebuah empayar AJRC yang berjaya membuktikan remaja BOLEH.
3. Membawa remaja ketahap paling tinggi dan berjuang dalam dunia yang penuh cabaran.
4. Membentuk konsortium dalam bidang perniagaan yang dijayakan oleh seluruh ahli AJRC.
5. Melahirkan remaja yang berjiwa perniagaan dan mampu berdikari dalam hidup mereka.
6. Mewujudkan satu dana yang mampu membantu badan berwajib dalam misi kemanusiaan.
7. Menjadi sebuah komuniti yang bertaraf 5 Bintang.

EMAIL: [email protected] / [email protected]

En Faizul Bin Haji Yusoff merupakan pengasas bagi AJRC GLOBAL RESOURCES.Mendapat pendidikan di Maktab Sultan Ismail.Merupakan pengasas bagi kelab pemuda K58 dan merupakan seorang guru silat terkemuka di negeri kelahirannya.Beliau juga pernah menjadi antara TOP 5 pengadil bagi Ultimate Warrior pada tahun 2007 dan 2008.Seorang yang aktif dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan komuniti.Dengan usaha gigihnya mengharungi segala cabaran yang tidak boleh digambarkan kini beliau Berjaya menaikkan nama AJRC sebagai kelab komuniti di mata masyarakat.10 Tahun berpengalaman dalam perniagaan network marketing.

*Kami di AJRC Global Resources mengamalkan sikap secara terus dan terbuka tanpa berselindung di mana-mana pihak walaupun konsultan,pembantu,orang tengah.Jika ada sebarang cadangan dan pertanyaan sila direct line ke [email protected]rap semua warga komuniti kami berpuas hati atas khidmat yang kami berikan.


LANGKAH AJRC BERMULA.............
Memandangkan AJRC masih lagi dalam proses permulaan..AJRC mengambil pendekatan mewujudkan sebanyak mungkin kawasan-kawasan di seluruh malaysia yang mempunyai wakil dan kumpulan yang sah berdaftar di bawah AJRC.AJRC cuba menghubungi seramai mungkin bakal-bakal wakil di seluruh malaysia bagi menjalankan program murni ini..apa pun tindakan dan alasan yang diberikan oleh mana-mana pihak.. AJRC akan cuba tangani dengan sebaik mungkin..AJRC amat berharap kepada mana-mana wakil kawasan yang berdaftar secara sah dengan AJRC agar dapat merancang untuk menjalankan aktiviti amal di kawasan masing-masing..Dengan pergerakan yang pertama ini..mungkin akan menjurus ke aktiviti yang lebih besar selepas ini..moga segalanya akan membuahkan hasil yang gemilang.
 
Keahlian

STICKER RASMI AJRC ( Akan Diberikan secara PERCUMA kepada ahli VIP berdaftar)
stiker.jpg




Setiap Pendaftaran AJRC RM20 akan mendapat Sticker RASMI AJRC(akan di poskan ke alamat ahli)

1- RM2 akan disalurkan kepada DANA JARIAH yang akan diberikan kepada orang yang layak menerimanya seperti anak-anak yatim,ibu tunggal, persatuan orang-orang tua,persatuan orang cacat dll dan akan diserahkan oleh pengasas semasa AJRC mengadakan aktiviti di setiap negeri.

*Diingatkan derma ini bukanlah untuk ahli vip tetapi org awam yang daif.Jika ada dikalangan ahli VIP atau bukan ahli ingin menderma secara sumbangan peribadi, kami di pihak AJRC tidak akan menerimanya kecuali melalui pendaftaran.Anda boleh menderma terus kepada warga yang layak itu pada hari aktiviti yang dianjurkan.

2- RM3 adalah kos produk iaitu sticker rasmi

3- RM5 komisen ganjaran amal yang diberikan kepada ahli yang memperkenalkan ajrc kepada anda sebagai tanda terima kerana sudi berjuang kearah hidup berkomuniti bersama kami.

4- RM10 akan dikumpulkan untuk kos aktiviti termasuk sewa lokasi,makan minum ahli vip,khemah dan lain-lain yang akan dianjurkan disetiap negeri bersama pengasas dan ahli VIP AJRC.Kos ini juga kami menghasilkan produk ajrc untuk jualan umum cthnya pakaian AJRC kami membuat jualan umum berharga RM15 sedangkan modal AJRC RM13.RM2 akan dikumpulkan untuk aktiviti AJRC yang seterusnya.

*pihak admin tidak akan mengenakan sebarang charge pengurusan dan pengurusan web.Kami harap segala urusan perjuangan kami adalah telus untuk bersama anda.

* Bonus GANJARAN AMAL akan dibayar pada setiap minggu pada hari sabtu dan ahad melalui MAYBANK dan CIMB BANK sahaja.(Pastikan ahli mengisi maklumat akaun dan nama dengan betul untuk proses pembayaran dan kepada ahli yang tidak mempunyai akaun MAYBANK dan CIMB BANK sila berhubung terus dengan admin)
* Bonus DANA TERKUMPUL akan dibayar pada setiap 1hb bulan berikutnya.Bonus ini akan diberi berdasarkan Dana Terkumpul pada bulan berkenaan.Bonus ini akan diberi kepada 3 ahli Tajaan Tertinggi setiap bulan.
 
untuk pendaftaran daftar dulu web dalam proses ubahsuai sebab mungkin produk ditukar ke tshirt..sticker kena dapat kan melalui pengasas RM5 sahaja..sape2 yang ada di Kelantan boleh join Kembara Sahur Merdeka AJRC di Kok Lanas nanti..dah terlepas majlis berbuka puasa kat restoran cherita..
 
Back
Top
Log in Register