Naungan, Misi Visi
AJRC GLOBAL RESOURCES(KT0242631-V) telah ditubuhkan pada tahun 2008 oleh saudara En Faizul Bin Hj Yusoff yang beralamat di 1370 Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
MISI AJRC
1. Memberi penekanan kepada semua remaja mencintai agama, bangsa dan tanahair.
2. Memberi peluang kepada remaja untuk memberi khidmat kepada negara.
3. Melahirkan remaja yang bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah diri sesama sendiri.
4. Membawa remaja dalam dunia yang lebih ceria dengan aktiviti kemasyarakatan.
5. Membantu pihak kerajaan dalam usaha membendung gejala sosial.
6. Menuntut agar semua remaja mengenali diri dan menghormati orang tua mereka.
7. Mewujudkan kumpulan remaja yang perihatin dengan aktiviti sosial.
VISI AJRC
1. Menjadi sebuah komuniti yang berjaya melahirkan remaja bertaraf profesional.
2. Membina sebuah empayar AJRC yang berjaya membuktikan remaja BOLEH.
3. Membawa remaja ketahap paling tinggi dan berjuang dalam dunia yang penuh cabaran.
4. Membentuk konsortium dalam bidang perniagaan yang dijayakan oleh seluruh ahli AJRC.
5. Melahirkan remaja yang berjiwa perniagaan dan mampu berdikari dalam hidup mereka.
6. Mewujudkan satu dana yang mampu membantu badan berwajib dalam misi kemanusiaan.
7. Menjadi sebuah komuniti yang bertaraf 5 Bintang.
EMAIL:
[email protected] /
[email protected]
En Faizul Bin Haji Yusoff merupakan pengasas bagi AJRC GLOBAL RESOURCES.Mendapat pendidikan di Maktab Sultan Ismail.Merupakan pengasas bagi kelab pemuda K58 dan merupakan seorang guru silat terkemuka di negeri kelahirannya.Beliau juga pernah menjadi antara TOP 5 pengadil bagi Ultimate Warrior pada tahun 2007 dan 2008.Seorang yang aktif dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan komuniti.Dengan usaha gigihnya mengharungi segala cabaran yang tidak boleh digambarkan kini beliau Berjaya menaikkan nama AJRC sebagai kelab komuniti di mata masyarakat.10 Tahun berpengalaman dalam perniagaan network marketing.
*Kami di AJRC Global Resources mengamalkan sikap secara terus dan terbuka tanpa berselindung di mana-mana pihak walaupun konsultan,pembantu,orang tengah.Jika ada sebarang cadangan dan pertanyaan sila direct line ke
[email protected]rap semua warga komuniti kami berpuas hati atas khidmat yang kami berikan.
LANGKAH AJRC BERMULA.............
Memandangkan AJRC masih lagi dalam proses permulaan..AJRC mengambil pendekatan mewujudkan sebanyak mungkin kawasan-kawasan di seluruh malaysia yang mempunyai wakil dan kumpulan yang sah berdaftar di bawah AJRC.AJRC cuba menghubungi seramai mungkin bakal-bakal wakil di seluruh malaysia bagi menjalankan program murni ini..apa pun tindakan dan alasan yang diberikan oleh mana-mana pihak.. AJRC akan cuba tangani dengan sebaik mungkin..AJRC amat berharap kepada mana-mana wakil kawasan yang berdaftar secara sah dengan AJRC agar dapat merancang untuk menjalankan aktiviti amal di kawasan masing-masing..Dengan pergerakan yang pertama ini..mungkin akan menjurus ke aktiviti yang lebih besar selepas ini..moga segalanya akan membuahkan hasil yang gemilang.