didi osaka
Active Member
- Messages
- 1,907
Paid Membership
- Joined
- May 20, 2008
- Messages
- 1,907
- Reaction score
- 5
- Points
- 25
Sebagai sukarelawan dan bagi mewakili Yayasan Salam Malaysia disertakan iklan dibawah untuk tindakan tuan/puan/encik/cik/saudara/saudari
09 Oktober 2008
Tuan/Puan
JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA PROGRAM IBADAH KORBAN KEMBOJA 2008
Yayasan Salam Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menggalakkan kerja sukarela, berbesar hati menjemput pihak Tuan/Puan untuk menyertai program ini.
Untuk makluman, program yang sama telah dijalankan pada tahun 2007 bertempat di Kampung Chheu Tiel Ploch, Tropeangbeang dan Tanakswai, Daerah Praksaman, Wilayah Kratie,Kemboja. Di dalam program tersebut, sebanyak 16 ekor lembu telah dikorbankan. Walaupun begitu dengan jumlah penduduk melebihi 3000 orang, pembahagian daging korban untuk setiap keluarga terlalu sedikit.
Oleh itu pada tahun ini kami menjemput pihak Tuan/Puan menyertainya dengan memperuntukkan sebanyak RM200 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus ) bagi setiap bahagian korban atau RM1400 ( Ringgit Malaysia Satu Ribu Empat Ratus ) bagi setiap ekor lembu yang ingin dikorbankan. Dengan penyertaan ini sudah pasti ia memeriahkan sambutan Aidiladha di sana seterusnya memberi kegembiraan kepada kelompok miskin Melayu Champa ini.
Untuk pengetahuan, atas permintaan pihak Tuan/Puan, pihak kami boleh mengeluarkan Resit Pelepasan Cukai bagi setiap penyertaan di dalam Program Ibadah Korban ini.
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat, bersama ini disertakan Borang Ibadah Korban 2008 untuk diisi dan dikembalikan / di fax kan kepada Sektretariat Program Ibadah Korban 2008 Yayasan Salam Malaysia.
Bersama ini disertakan Borang Korban 2008 dan Risalah Korban Kemboja. Budi dan jasa baik pihak Tuan/ Puan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.
Menjana Perubahan Bermakna
Yang Benar,
Datuk Ahmad Abdul Talib
Ahli Lembaga Pemegang Amanah
p/s: semua urusan sumbangan dll bolehla melalui terus pihak berkenaan. hanya menyampaikan sahaja.
Attachments
-
78.1 KB Views: 67
-
57 KB Views: 39
Last edited:
