Niatkan untuk mengikuti keilmuan ini sebagai salah satu jalan ibadah mendekatkan diri pada Allah swt dan memanfaatkan ikhtiar2 yang ada didalam program keilmuan ini dlm menyelesaikan apa jua masalah yg berkaitan terutamanya pada diri dan keluarga sendiri jika ada.
Mudah2an bertambah Iman dan Takwa serta bertambah saham2 dinar2 akhirat anda.
Jika berminat, sila hubungi saya via pm, email atau fb page
Zikrullah (mengingat Allah) merupakan amalan yang sangat agung. Ia merupakan sebab diturunkannya berbagai nikmat, Penolak segala bala’ dan musibah.
Zikir juga merupakan sebab kuatnya hati dan penyejuk hati manusia.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Al-Munafiqun: 9)
Amalan berzikir ini mempunyai manfaat yang sangat besar. Baik dalam kehidupan duniawi maupun ukhrawi.
Allah Swt menggolongkan orang-orang yang lalai dalam mengingat-Nya sebagai kelompok yang rugi.
ZIkir mempunyai getaran tenaga rohani yang mempunyai cahaya yang sangat hebat dari alam Lahut. Getaran tenaga rohani dari zikir akan menyucikan segala kekotoran pada qalbi sehingga akan terkeluar cahaya alam lahut yang tertutup selama ini di sebabkan kekotoran nya.
Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya pada qalbi dan seterusnya mengeluarkan segala tenaga yang rendah pada jiwa nya [mazmumah] Ia akan bergerak menguatkan ruh sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif.
Getaran cahaya yang tinggi ini juga akan menguatkan ruh jasmani atau TENAGA DALAM yang bergerak aktif dalam tubuh nya. Gelombang inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia. Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan sesaorang kepada pelbagai penyakit.
Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga di sebut AURA. Ia mengeliling seluruh tubuh dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang yang dapat mengesan semua gelombang di sekeliling nya samaada negatif atau positif.
Semakin kuat tenaga dan tebal lapisam AURA dalam tubuh, maka akan semakin kuatlah medan magnet atau benteng diri sebagai Perisai Tubuh.