BTC USD 83,014.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program keilmuan akubukandukun



Salam semua,

Atas permintaan ramai, kini Program Guru telah di adakan. Namun yg masih berminat dengan program peribadi di alu-alukan.
Perbezaan program guru ialah anda boleh mengijazahkan kepada sesiapun serta lain2 yg tiada dlm program peribadi.

Yang Berminat jangan segan or malu2 utk hubungi [email protected] atau [email protected]
Bagi yg ragu2,was2,syakwasangka...silakan Solat Istikharah dulu

Insyaallah keilmuan ini juga merupakan salah 1 jalan ibadah medekati Allah melalui zikirullah..
Sesuai utk sesiapa saja yg beragama Islam apatah lagi utk mereka yg ingin memperbaiki diri serta hubungan dengan Allah..
mudah2an sama2 kita mendapat Rahmat dan redha Allah.

Terima kasih pada 3 warga KL yg dah bergabung..mudah2an bermanfaat dunia akhirat..:)cgrock
 
bertambah lagi 2 warga selangor..
mmg dari awal dulu lagi warga selangor/kl memanipulasi jumlah pelajar teramai..
silakan email sy jika ada yg berminat..
 


Salam semua,

Atas permintaan ramai, kini Program Guru telah di adakan. Namun yg masih berminat dengan program peribadi di alu-alukan.
Perbezaan program guru ialah anda boleh mengijazahkan kepada sesiapun serta lain2 yg tiada dlm program peribadi.

Yang Berminat jangan segan or malu2 utk hubungi [email protected] atau [email protected]
Bagi yg ragu2,was2,syakwasangka...silakan Solat Istikharah dulu

Insyaallah keilmuan ini juga merupakan salah 1 jalan ibadah medekati Allah melalui zikirullah..
Sesuai utk sesiapa saja yg beragama Islam apatah lagi utk mereka yg ingin memperbaiki diri serta hubungan dengan Allah..
mudah2an sama2 kita mendapat Rahmat dan redha Allah.

Zikir juga berperanan mengukuhkan dan memantapkan keimanan seseorang. Ini kerana keimanan seseorang itu akan menjadi malap kalau tidak diperbaharui dan diperteguhkan. Pengukuhan keimanan itu ialah dengan cara menanam pengertian tauhid ke dalam jiwa menerusi jalan zikir kalimah tauhid. Perkara ini dapat dilihat pada pesanan Nabi s.a.w. kepada para sahabat sebagaimana sabda baginda:

جددوا ايمانكم قيل يا رسول الله وكيف نجدد إيماننا قال أكثروا من قول لا إله إلا الله

Maksudnya: Perbaharuilah iman kamu. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami dapat memperbaharui iman kami? Baginda bersabda: Perbanyakkanlah menyebut La Ilaha Illallah.[32]

[32] Ibn Hanbal, Musnad, juz.2, hlm.359
 
Zikrullah (mengingat Allah) merupakan amalan yang sangat agung. Ia merupakan sebab diturunkannya berbagai nikmat, Penolak segala bala’ dan musibah.
Zikir juga merupakan sebab kuatnya hati dan penyejuk hati manusia.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Al-Munafiqun: 9)
Amalan berzikir ini mempunyai manfaat yang sangat besar. Baik dalam kehidupan duniawi maupun ukhrawi.
Allah Swt menggolongkan orang-orang yang lalai dalam mengingat-Nya sebagai kelompok yang rugi.
ZIkir mempunyai getaran tenaga rohani yang mempunyai cahaya yang sangat hebat dari alam Lahut. Getaran tenaga rohani dari zikir akan menyucikan segala kekotoran pada qalbi sehingga akan terkeluar cahaya alam lahut yang tertutup selama ini di sebabkan kekotoran nya.
Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya pada qalbi dan seterusnya mengeluarkan segala tenaga yang rendah pada jiwa nya [mazmumah] Ia akan bergerak menguatkan ruh sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif.

Sekiranya berminat dengan program keilmuan, boleh hubungi akubukandukun di :

email: [email protected]
FB : www.facebook.com/alfakirakubukandukun
FB page : www.facebook.com/akubukandukun
 


Salam semua,

Atas permintaan ramai, kini Program Guru telah di adakan. Namun yg masih berminat dengan program peribadi di alu-alukan.
Perbezaan program guru ialah anda boleh mengijazahkan kepada sesiapun serta lain2 yg tiada dlm program peribadi.

Insyaallah keilmuan ini juga merupakan salah 1 jalan ibadah medekati Allah melalui zikirullah..
Sesuai utk sesiapa saja yg beragama Islam apatah lagi utk mereka yg ingin memperbaiki diri serta hubungan dengan Allah..
mudah2an sama2 kita mendapat Rahmat dan redha Allah.

Sekiranya berminat dengan program keilmuan, boleh hubungi akubukandukun di :

Email: [email protected]
FB : www.facebook.com/alfakirakubukandukun
FB page : www.facebook.com/akubukandukun
 
Kisah Sufi :

Ada seorang ahli sufi yang memang terkenal dengan doanya yang mustajab sehingga tiada satu pun doanya yang tidak dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari, ahli sufi tersebut keluar dari rumah dengan berjalan kaki. Sehinggalah beliau sampai di depan sebatang sungai dan dia ingin ke seberang sana. Jika dia mahu, dia boleh saja berdoa kepada Allah supaya dia dapat berjalan di atas air dan menyeberang sungai dengan sekelip mata. Namun, beliau tidak melakukannya, bimbang akan timbul perasaan riak di dalam hatinya.

Setelah menunggu, datanglah sebuah sampan yang membawa penumpang ke seberang. Di atas sampan tersebut kelihatan beberapa orang yang mempunyai tujuan yang sama. Tiba-tiba, ada seorang lelaki yang bertanya kepada ahli sufi tersebut,

"Wahai ahli sufi, bagaimana kamu berdoa sehingga semua doa-doamu makbul?"

Ahli sufi hanya berdiam tanpa menjawab soalan lelaki tersebut.

Sehinggalah sampai satu masa hanya tinggal tiga orang dalam sampan tersebut iaitu pendayung sampan, lelaki serta ahli sufi tersebut. Tiba-tiba, ahli sufi menolak lelaki tadi sehingga terjatuh ke dalam sungai. Lelaki tersebut dengan semena-mena menjerit meminta tolong. Lelaki itu tidak tahu berenang, dan dia memang bersungguh-sungguh menjerit meminta tolong. Sehinggalah sampai masa pendayung sampan terjun untuk menyelamatkannya.

Sehinggalah lelaki tersebut selamat dan kembali berada di dalam sampan. Setelah menghilangkan penat akibat tercungap-cungap lemas tadi, dia kembali bertanya kepada ahli sufi,

"Wahai ahli sufi, mengapa engkau menolak aku ke dalam sungai?"

"Aku hanya bertanya satu soalan kepada engkau, bagaimana engkau berdoa dan semua doamu mustajab," sambung lelaki itu lagi.

"Itulah jawapanku kepada soalanmu," jawab ahli sufi.

Jawapan itu membuatkan lelaki tersebut terpinga-pinga. Ahli sufi kemudian menyambung dengan persoalan,

"Bagaimana keadaanmu ketika di dalam sungai tadi?"

"Tadi ketika di dalam sungai, aku menjerit-jerit meminta tolong. Berharap semoga adanya pertolongan yang datang, kerana aku sedar aku tak boleh berenang. Aku berdoa kepada Allah supaya adanya orang yang akan datang menyelamatkan aku. Aku bersungguh-sungguh berdoa meminta pertolongan dengan menjerit meminta tolong,"

"Itulah sebenarnya cara kita berdoa kepada Allah. Jika kita inginkan sesuatu daripada Allah, seharusnya kita minta dengan bersungguh-sungguh dan penuh dengan keyakinan dalam doa kita kepadanya,"

Akhirnya, lelaki yang bertanya faham dengan penjelasan yang cuba disampaikan oleh ahli sufi tadi.

Sebagai pengajaran bagi cerita yang disampaikan, berdoalah kepada Dia dengan bersungguh-sungguh. Berdoa dengan penuh keyakinan, dan percaya bahawa Allah sentiasa mendengar doa daripada hamba-hamba-Nya
 
aidil-fitr.jpg


Insyaallah segala email akan dibalas cuma lewat sedikit.

Sekiranya berminat dengan program keilmuan, boleh hubungi akubukandukun di :

Email: [email protected]
FB : www.facebook.com/alfakirakubukandukun
FB page : www.facebook.com/akubukandukun
 
Back
Top
Log in Register