BTC USD 35,386.5 Gold USD 1,764.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Telco Program Jaringan Prihatin

human5good

Freshie
Joined
Jun 20, 2011
Messages
34
Reaction score
0
Points
6
I rasa Celcom punya package paling berbaloi u cuba tengok betul tak
U pakai te;lco apa ni?
I pakai Celcom ni, baik la takya tukar telco
tapi data yg bagi tu byk tak jaganla nanti kasih 2GB jer, ni blh habis dlm 1 minggu
 
Sponsored Post

lmkeat

Freshie
Joined
Mar 4, 2013
Messages
19
Reaction score
0
Points
3
I pakai Celcom ni, baik la takya tukar telco
tapi data yg bagi tu byk tak jaganla nanti kasih 2GB jer, ni blh habis dlm 1 minggu
Eh tak la kalau u ambil basic tu 1GB dgn unlimited call
top up jer RM10 dpt 7GB lagi, berbalai tak ?
 

lmkeat

Freshie
Joined
Mar 4, 2013
Messages
19
Reaction score
0
Points
3
Celcom yg paling berbaloi tu sebab Celcom sindiri bagi diskaun lagi so jumlahnya rebate sehingga RM360
Ya betul ni Celcom rebate byk, pilihan fon pun byk ada Oppo Vivo Samsung
lagi data pun bagi byk
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,725
Reaction score
706
Points
171
rugi plak klau tak tebus...
mcm nak ambik hp baru dgn maxis...
 

alexakey

Freshie
Joined
Aug 13, 2019
Messages
12
Reaction score
1
Points
8
Ya betul ni Celcom rebate byk, pilihan fon pun byk ada Oppo Vivo Samsung
lagi data pun bagi byk
Banyak gak pilihan phone kalau amik dgn celcom. Ingt boleh dpt phone yg biasa je
 

azmer29

Freshie
Joined
Aug 30, 2019
Messages
15
Reaction score
0
Points
13
Baru tahu celcom boleh dpt RM360 rebat tu sbb haritu survey telco lain mcm sikit je dpt
Tu la weh. Haritu aku tnya kwn yg pakai maxis mcm sikit je rebate diorng. Tak berbaloi nak redeem kalau sikit je
 

azmer29

Freshie
Joined
Aug 30, 2019
Messages
15
Reaction score
0
Points
13
Ya betul ni Celcom rebate byk, pilihan fon pun byk ada Oppo Vivo Samsung
lagi data pun bagi byk
Nak amik dgn celcom gak tapi x pernah try guna celcom lgi. Celcom okay x line guys
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,761
Reaction score
1,621
Points
201
Yg pasti data Telco semua Mahal unifi jgk terbaik
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,575
Reaction score
3,994
Points
236
DiGi & Samsung Bagi Telefon Percuma - Pelan Prihatin 35

Digi & Samsung Bagi Telefon Percuma Dengan Pelan Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle;

Tidak dinafikan, pandemik Covid-19 sememangnya memberi impak yang besar terhadap ramai pihak. Ini termasuklah sistem kehidupan kebanyakan masyarakat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan. Justeru, pelbagai inisiatif yang telah diambil bagi mengurangkan bebanan mereka melalui saluran yang betul. Misalnya, sebuah pelan infrastruktur digital yang menyeluruh dikenali sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah dibangunkan.

Belanjawan-2021-Jendela-1-e1622796233544-950x528.jpg.webp

Pelan ini memberi fokus kepada penambahbaikan komunikasi digital negara dan ia dilaksanakan secara berfasa. Melaluinya, fasa pertama membabitkan usaha untuk memperluaskan jalur-lebar mudah-alih 4G kepada 96.9% kawasan berpenduduk, meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps dan juga membolehkan sebanyak 7.5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit. Kesemua ini juga melibatkan usaha pemantapan rangkaian 4G ekoran penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga penghujung tahun ini – sebelum peralihan yang lebih memfokuskan kepada rangkaian 5G pada pelaksanaan fasa kedua.

Program-Jaringan-Prihatin-2021-950x535.jpg.webp

Tidak habis di situ, penawaran subsidi di bawah Program Jaringan Prihatin turut diumumkan bersama-sama dengannya. Kedua-dua insiatif ini mampu membawa impak positif secara menyeluruh kepada persediaan kemudahan internet. Pada masa sama, turut membantu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh golongan isi rumah berpendapatan rendah untuk mendapatkan kemudahan tersebut. Lebih menarik, ia bukan sahaja boleh digunakan untuk belanja langganan internet, malah mampu menampung sebahagian kos pembelian telefon pintar baharu.

Rebat-RM300-Digi-003-950x534.jpg.webp

Baiklah, Digi merupakan salah satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini. Tahukah anda melalui Program Jaringan Prihatin, penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dapat menikmati manfaat subsidi rebat peranti RM180 (untuk individu bujang dan berkahwin tanpa anak) dan rebat peranti RM300 (untuk pasangan berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak di bawah 18 tahun). Melaluinya, anda boleh mendapatkan beberapa pilihan telefon pintar Samsung – seperti Samsung Galaxy A02 secara percuma atau Samsung Galaxy A02s serendah RM95 sahaja dengan pelan Prihatin 35 Prepaid Bundle.

Bersama-sama dengannya, pelan ini turut menawarkan sejumlah manfaat tambahan menarik seperti data sebanyak 30GB sebulan, panggilan tanpa had dan internet harian percuma sebanyak 2GB/sejam setiap hari selama setahun. Lebih menarik lagi, tawaran data dan telefon percuma ini hanya memerlukan anda membuat pembayaran wang pendahuluan serendah RM100 tanpa terikat dengan sebarang kontrak.

Rebat-RM300-Digi-001-950x950.jpeg.webp

Menarik bukan? Menerusi tawaran pelan Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle ini tidak hanya terhad kepada tawaran data internet semata, tetapi secara tidak langsung dapat bantu menampung sebahagian kos pembelian telefon pintar 4G dengan harga lebih rendah atau boleh mendapatkannya secara percuma.

Bagi mengulas sedikit mengenai penawaran lain, Samsung Galaxy A02 dipadankan dengan paparan bersaiz 6.5-inci TFT LCD dengan resolusi HD+, cip MediaTek MT6739W, memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB, dwi-kamera dengan sensor utama 13MP, kamera swafoto 5MP dan bateri 5,000mAh. Untuk Samsung Galaxy A02s pula, ia dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci TFT LCD HD+, cip Snapdragon 450, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB, bateri 5,000mAh, sistem tri-kamera dengan sensor utama 13MP dan kamera hadapan 5MP.

screenshot_8644.jpg.webp

Peranti-peranti yang ditawarkan seperti Samsung Galaxy A02 dan Samsung Galaxy A02s ini tidak kurang hebatnya. Bahkan, amat sesuai untuk para ibu bapa yang sedang mencari peranti pintar bajet buat anak-anak untuk dijadikan sebagai alat pembelajaran dalam talian. Ia juga cukup baik untuk digunakan oleh anak-anak bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Jadi, jangan lupa untuk mendaftar bagi mendapatkan tawaran subsidi ini sebelum 31 Julai kelak!
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register