BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Telco Program Jaringan Prihatin

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266
prihatin.jpg

gambar sumber maxis

Melangkaui Hari Esok, Untuk Rakyat

Program Jaringan PRIHATIN adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia dan salah satu misi #Belanjawan2021 bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik ini. Golongan B40 yang layak untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh menebus sebanyak RM180 hingga RM300 dalam bentuk subsidi pelan data bulanan atau subsidi telefon pintar.

Apa itu Program Jaringan Prihatin?
Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat ("BPR"), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi.

Telefon PERCUMA & penjimatan sehingga RM360
Nikmati tawaran Jaringan Prihatin yang disasarkan bagi kelompok B40 untuk golongan individu sebanyak RM180 atau isi rumah sebanyak RM300. Semak kelayakan anda di bawah sekarang.

*Tertakluk terma dan syarat*


 
Last edited:
JARINGAN PRIHATIN | Agenda Keterangkuman Antara 5 Fokus Pulih Ekonomi

Agenda Keterangkuman adalah antara lima fokus utama digariskan kerajaan dalam usaha memulihkan dan membangunkan semula ekonomi.

Sejajar pelancaran Jaringan Prihatin, kerajaan akan terus memperjuangkan Agenda Keterangkuman sekali gus memastikan negara berada di landasan pertumban yang mampan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
JARINGAN PRIHATIN | RM3.5 Bilion Akses Digital Untuk Rakyat

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Program Jaringan Prihatin dengan matlamat merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

RM3.5 bilion diperuntukkan untuk pembelian peranti mudah alih dan perkhidmatan data internet.

Ia dijangka memanfaatkan kira-kira 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau golongan B40 seluruh negara.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Bagaimana Untuk Menebus Kredit Sehingga RM300 Dari Pelan Telekomunikasi Anda?

Imbas kembali, kerajaan menerusi pembentangan belanjawan Malaysia 2021 telah mengumumkan penawaran subsidi di bawah Program Jaringan Prihatin. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah membantu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh golongan isi rumah berpendapatan rendah untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi.

Program-Jaringan-Prihatin-2021-950x535.jpg.webp


Bantuan kredit telekomunikasi sehingga RM300 setahun telah ditawarkan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang telah disahkan sebagai pemohon utama BPR berdasarkan rekod terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri. Melaluinya, Program Jaringan Prihatin rebat 180 dibuka kepada individu bujang atau berkahwin yang tiada anak-anak bawah umur 18 tahun. Sementara itu, Program Jaringan Prihatin rebat 300 pula dibuka kepada individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak bawah umur 18 tahun.

Semakan kelayakan sudah boleh dibuat bermula hari ini. Mana-mana individu yang layak, anda sudah boleh mula membuat pendaftaran menerusi syarikat telekomunikasi masing-masing sehingga 31 Julai kelak. Kredit ini akan diberikan melalui pembelian pelan data atau pakej telefon pintar syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut. Bagaimana untuk mendaftar & melanggan?


Maxis​

Terdapat dua jenis kategori subsidi yang telah ditawarkan. Pertama, mana-mana individu bujang atau berkahwin tanpa anak – akan diberikan bentuk kredit sebanyak RM15 selama setahun atau subsidi RM180 untuk telefon pintar. Kedua, mana-mana individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak bawah umur 18 tahun pula akan menerima subsidi RM15 selama setahun atau subsidi RM300 untuk pakej telefon pintar.

Subsidi-Sah-Maxis-950x599.jpg.webp


Setiap pelanggan yang layak hanya boleh memillih satu subsidi sahaja. Untuk subsidi 2 yakni pakej telefon pintar dengan potongan harga menarik hanya layak ditebus dengan pelan Hotlink Postpaid 60 sahaja. Sebagai tambahan, semua penawaran subsidi ini juga akan didatangkan dengan 2GB (1 jam) setiap hari percuma yang perlu ditebus menerusi kod UMB atau aplikasi Hotlink.

Maxis-001-950x622.jpg.webp

Rujukan lebih lanjut layari : Maxis


Digi​

Untuk Digi pula, mana-mana individu bujang atau berkahwin tanpa anak boleh menebus rebat RM180. Melaluinya, pelan Digi NEXT 35 boleh dilanggan pada harga RM20/sebulan dengan data 30GB dan panggilan tanpa had 30 hari. Seterusnya, pelan Digi Postpaid 60 pula ditawarkan pada harga RM45 dengan data 25GB dan panggilan tanpa had 30 hari.

Digi-Postpaid-Program-jaringan-Prihatin-B-950x655.jpg.webp


Mana-mana individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak bawah umur 18 tahun pula boleh menebus rebat peranti RM300. Melaluinya, pelan Prihatin 35 Prepaid Bundle menawarkan data 30GB dengan telefon Samsung Galaxy A02 yang diberikan secara percuma. Seterusnya, pelan Prihatin 40 Prepaid Bundle pula ditawarkan dengan data 10GB dengan pilihan 8 lagi peranti pintar menarik termasuk Galaxy A02 sendiri dengan potongan harga yang menarik. Tidak ketinggalan, Digi turut hadir dengan tawaran internet harian percuma sebanyak 2GB dengan setiap subsidi ini.

UMobile-003-950x324.jpg.webp

Rujukan lebih lanjut layari : Digi


Celcom​

Untuk pengguna prabayar, Celcom menawarkan rebat sebanyak RM15 selama 12 bulan yang ditawarkan dalam bentuk rebat kredit dengan membeli pas internet bulanan terpilih. Pengguna hanya perlu menebus kredit RM15 melalui aplikasi Celcom Life sekali sahaja dan ia akan dikreditkan secara automatik dalam akaun masing-masing. Seterusnya, pengguna juga boleh melanggan pas bulanan melalui aplikasi Celcom Life.

Celcom-Jaringan-Prabayar-950x398.jpg.webp


Untuk pengguna pascabayar pula, Celcom menawarkan dua pilihan. Pertama, penawaran rebat RM300 / RM180 untuk pembelian telefon. Kedua, penawaran rebat RM25 sebulan selama 12 bulan atau rebat RM15 sebulan selama 12 bulan. Kedua-dua penawaran ini adalah mengikut kelayakan. Tidak ketinggalan, Celcom turut menyediakan penawaran internet harian percuma 2GB selama 12 bulan yang boleh ditebus menerusi aplikasi Celcom.

Celcom-001--950x195.jpg.webp
Untuk pelanggan prabayar
Celcom-002-950x193.jpg.webp
Untuk pelanggan pascabayar
Rujukan lebih lanjut layari : Celcom


UMobile​

Untuk UMobile pula, terdapat dua pilihan rebat yang ditawarkan untuk pelanggan prabayar dan pascabayar yang layak. Pelanggan boleh menebus subsidi RM15/bulan selama 12 bulan untuk pelan pascabayar dengan RM50 keatas atau pelan prabayar dengan langganan RM30 ke atas. Sebagai pilihan lain, pelanggan juga boleh menikmati potongan sehingga RM300 untuk pembelian peranti pilihan. Selain daripada itu, U Mobile turut menawarkan data 2GB percuma untuk sejam setiap hari yang perlu ditebus melalui aplikasi MyUMobile.

UMobile-001-950x391.jpg.webp


Untuk pelanggan prabayar

UMobile-002-950x333.jpg.webp
Untuk pelanggan pascabayar
Rujukan lebih lanjut layari : UMobile


Unifi Mobile​

Berbeza dengan yang lain, tawaran untuk Unifi Mobile boleh dikatakan tidak didatangkan dengan pilihan yang pelbagai. Untuk pengguna prabayar, pelan Unifi Mobile 39 boleh dilanggan pada harga RM24/sebulan dengan data 30GB dan ditambah kuota asal sebanyak 5GB.

222-950x382.jpg.webp


Untuk pelanggan prabayar pula, Unifi Mobile tidak memberikan sebarang penawaran untuk potongan dari segi harga. Sebaliknya, ia hanya digantikan dengan data percuma 2GB/sebulan – serta tambahan 1GB data LTE percuma setiap hari selama 12 bulan. Di samping itu, tiada juga sebarang subsidi diberikan untuk pelanggan pelan #Bebas dan pelan tanpa had Unifi Mobile.

Rujukan lebih lanjut layari : Unifi Mobile


Yoodo​

Menerusi penawaran Yodoo, pelanggan boleh menikmati pembelian data sebanyak 80GB pada harga serendah RM20 – berbanding penawaran asal RM35. Di samping itu, penawaran data 2GB turut diberikan secara percuma setiap hari bersama-sama dengannya.

111-950x534.jpg.webp

Rujukan lebih lanjut layari : Yodoo
 
Digi Turut Menawarkan Pakej Rebat Program Jaringan Prihatin Sehingga RM300 Setahun

Menerusi Program Jaringan Prihatin, kerajaan memberikan subsidi kredit untuk pelan telefon pintar di antara RM180 dan RM300 setahun mengikut kelayakan pemohon. Pagi tadi Maxis memperlihatkan penawaran mereka dan sebentar tadi Digi turut menunjukkan pelan yang ditawarkan.

Digi-Postpaid-Program-jaringan-Prihatin-950x633.jpg.webp


Menerusi rebat RM180 setahun, pelan Digi NEXT 35 boleh dilanggan pada harga RM20 sebulan dengan data 30GB dan panggilan tanpa had 30 hari. Seterusnya pelan Digi Postpaid 60 pula ditawarkan pada harga RM45 dengan data 25GB dan panggilan tanpa had 30 hari.

Digi-Postpaid-Program-jaringan-Prihatin-B-950x655.jpg.webp


Menerusi rebat RM300 setahun pula, pelan Prihatin 35 Prepaid Bundle menawarkan data 30GB dengan telefon Samsung Galaxy A02 percuma. Seterusnya pelan Prihatin 40 Prepaid Bundle pula ditawarkan dengan data 10GB dan pilihan pertama Galaxy A02s, Realme C11, Realme C15, Vivo Y1s, Vivo Y12D, Vivo Y20 2021, Oppo A15, Oppo A15s, Samsung Galaxy A025, Samsung Galaxy Tab A 8.0 dan Lenovo Tab M10 pada potongan harga yang menarik.

Program Jaringan Prihatin rebat 180 dibuka kepada individu bujang atau berkahwin yang tiada anak-anak bawah umur 18 tahun manakala rebat 300 pula dibuka kepada individu bujang atau berkahwin dengan anak-anak bawah umur 18 tahun. Untuk terma dan syarat lebih lengkap sila di laman rasmi Digi hari ini.

Daftar : Digi Prihatin

Sumber asal https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm
 
U Mobile Juga Hadir Dengan Penawaran Pakej Rebat Program Jaringan Prihatin

Celcom, Digi dan Maxis telah memperkenalkan pakej rebat mereka sendiri melalui Program Jaringan Prihatin yang diumumkan hari ini. Sama seperti syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain, U Mobile dilihat bakal memperkenalkan program rebat mereka sendiri untuk para pelanggan U Mobile.

U-Mobile-Prihatin-Header-950x410.jpg.webp


Sama seperti syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain, U Mobile akan menawarkan dua pilihan rebat untuk pelanggan pra- dan pasca-bayar mereka. Ini termasuklah rebat pembayaran RM15 setiap bulan untuk 12 bulan, ataupun diskaun pembelian peranti sebanyak RM300.

U-Mobile-Prihatin-Plans-950x466.jpg.webp


Selain daripada itu, U Mobile turut menawarkan data 2GB percuma untuk sejam setiap hari yang perlu ditebus melalui aplikasi MyUMobile.

U-Mobile-Prihatin-Register-Steps-950x517.jpg.webp


Program rebat ini adalah untuk mereka yang layak menerima bantuan dibawah pelan Bantuan Prihatin Rakyat, dan selain daripada itu, untuk menerima rebat bulanan ini, pengguna perlu mendaftar di laman web Program Prihatin U Mobile terlebih dahulu sebelum 31 Julai 2021 ini.

U-Mobile-Prihatin-Register-Steps-2-950x366.jpg.webp


Dalam pada itu, untuk menebus rebat ini, anda perlu menggunakan pelan pra-bayar yang bernilai sekurang-kurangnya RM30, ataupun pelan pasca-bayar yang bernilai sekurang-kurangnya RM50.

Untuk mengetahui lebih banyak mengenai pelan rebat Program Jaringan Prihatin U Mobile ini, anda boleh melayari laman web U Mobile.
 
Unifi Mobile Turut Memulakan Pendaftaran Subsidi RM180 – Untuk Pelan Unifi Mobile 39 Dan Bebas Sahaja

Bersama-sama penawaran sejumlah syarikat telekomunikasi, Unifi Mobile turut telah mula menawarkan pendaftaran untuk program Jaringan Prihatin yang menawarkan subsidi sebanyak RM180 seorang yang berkelayakkan menerima Bantuan Prihatin Rakyat.

Walaubagaimanapun, untuk Unifi mobile, ia boleh dikatakan tawaran tidak begitu menyeluruh dan dihadkan, serta pengguna tidak begitu diberikan pilihan.

Unifi-Mobile-950x637.jpg.webp


Unifi Mobile menawarkan subsidi RM15 sebulan selama 12 bulan untuk pelan Unifi Mobile 39. Ini membuatkan pengguna perlu membayar RM24 sebulan, dan pihak Unifi turut memberikan subsidi sebanyak 30GB data LTE sebulan selama 12 bulan.

Untuk pengguna prabayar pula, pihak Unifi Mobile tidak memberikan potongan dari segi harga, sebaliknya menggantikan ia dan memberikan data percuma 2GB sebulan – serta penambahan 1GB data LTE percuma setiap hari selama 12 bulan.

TIada sebarang subsidi dari segi kredit diberikan untuk pengguna pelan #Bebas, dan subsidi juga tidak boleh digunakan untuk pelan tanpa had Unifi Mobile.

Apa pun, bagi anda yang ingin memohon subsidi untuk Unifi Mobile, boleh melakukannya melalui aplikasi myUnifi hari ini.

Layari : Unifi Jaringan Prihatin
 
Celcom Turut Memulakan Pendaftaran Untuk Rebat RM300 / RM180 Subsidi Telekomunikasi

Selain Maxis, kini Celcom turut telah memulakan pendaftaran untuk menerima rebat dan subsidi telekomunikasi bagi pengguna kelompok B40 yang sedia menerima Bantuan Prihatin Rakyat.

Celcom menawarkan subsidi Jaringan Prihatin ini sebanyak RM180 untuk individu, atau RM300 untuk mereka yang mempunyai anak.

Untuk pengguna prabayar, Celcom menawarkan rebat sebanyak RM15 selama 12 bulan yang ditawarkan dalam bentuk rebat kredit ketika membeli pas internet bulanan terpilih. Pengguna perlu menebus kredit RM15 melalui aplikasi Celcom Life. Celcom mengatakan pengguna hanya perlu tebus sekali, dan ia akan dikreditkan secara automatik dalam akaun masing-masing. Seterusnya, pengguna boleh melanggan pas bulanan melalui aplikasi Celcom Life.

Celcom-Jaringan-Prabayar-950x398.jpg.webp

Untuk pengguna pascabayar pula, Celcom menawarkan dua pilihan. Sama ada rebat RM300 atau RM180 untuk pembelian telefon – berdasarkan kelayakkan. Ataupun rebat RM25 sebulan selama 12 bulan, atau rebat RM15 sebulan selama 12 bulan – mengikut kelayakkan.

Celcom-Pospaid-Jaringan-950x440.jpg.webp


Celcom juga turut menyediakan penawaran internet harian percuma 2GB selama 12 bulan untuk mereka yang menebus melalui Celcom.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Celcom hari ini, dan memulakan proses semakan kelayakkan dan juga menebusnya terus.

Layari : Celcom Jaringan Prihatin
 
Dapatkan Kredit Subsidi RM180 Atau RM300 Melalui Maxis & Hotlink

Kerajaan
sebelum ini telah pun mengumumkan penawaran subsidi berjumlah RM2 bilion kepada 8 juta rakyat Malaysia, dalam mendapatkan subsidi sekitar RM180 seorang untuk yang tidak mempunyai anak, atau RM300 untuk mereka yang mempunyai anak berusia bawah 18 tahun.

Bermula hari ini, 5 Mei, para pengguna sudah boleh menyemak kelayakkan sama ada anda menerimanya atau tidak. Secara umumnya, sekiranya anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), anda boleh mula mendaftar untuk menerima kredit subsidi ini melalui syarikat telekomunikasi anda.

Tarikh terakhir untuk penndaftaran Program Jaringan Prihatin ini adalah pada 31 Julai 2021 kelak. Subsidi Jaringan Prihatin akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej telefon pintar mana-mana syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut.

Subsidi-Sah-Maxis-950x599.jpg.webp


Untuk Maxis, mereka telah memecahkan penawaran ini dalam bentuk kredit sebanyak RM15 selama 12 bulan – atau subsidi RM180 untuk pembelian telefon pintar melalui mereka bagi yang bujang atau berkahwin tanpa anak.

Sekiranya anda telah berkahwin atau bujang dengan anak dibawah umur 18 tahun, anda akan diberikan subsidi RM15 selama 12 bulan, atau subsidi RM300 untuk pembelian telefon pintar.

Maxis juga mengatakan semua subsidi turut hadir dengan data Prihatin percuma 2GB untuk digunakan setiap hari.

Hotlink-Tebus-Jaringan-Prihatin-950x987.jpg.webp


Untuk pengguna Maxis dan Hotlink, anda boleh ke aplikasi Maxis atau Hotlink anda, klik pada butang Beli, dan pada banner Jaringan Prihatin, tap pada pautan Semak Kelayakkan. Sekiranya anda layak, anda boleh melakukan permohonan terus melalui aplikasi berkenaan bermula hari ini.
 
Back
Top
Log in Register