BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Ijtimak Amil MAIPs Semarakkan Peranan Masjid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,421
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,421
Reaction score
321
Points
141
59c8e4d1c4595441cd3011cbd3d3409567e915f7a7dbf

1b0db49a08873e8d705009107cdc579067e9169a9b855

Kredit foto : MAIPs

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melancarkan Program Ijtimak Amil untuk menyemarakkan peranan masjid sebagai Pusat Komuniti yang aktif dan menyantuni masyarakat setempat khususnya golongan asnaf serta memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata program itu bukan sekadar agihan bantuan semata-mata, tetapi satu bentuk dakwah bil hal yang memberikan kesan mendalam kepada masyarakat iaitu menghubungkan terus antara pemberi dan penerima zakat dalam suasana penuh kasih sayang dan tanggungjawab sosial.

“Melalui pendekatan Ziarah Dakwah Bil Hal, inisiatif turun padang oleh Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh negeri Perlis adalah bagi menyantuni rakyat melalui kunjungan dari rumah ke rumah, bertanya khabar serta menyampaikan agihan bantuan.

“Program ini turut memperkukuh jalinan antara amil, masyarakat dan institusi masjid dalam memperkasakan fungsi dakwah secara langsung dan bersifat menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MAIPs dalam kenyataan itu turut memaklumkan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Agihan Ziarah Dakwah Bil Hal sempena Program Ijtimak Amil Bilangan 3 Tahun 2025 berjumlah RM1.22 juta yang berlangsung di Masjid Al-A’la, Behor Temak di sini baru-baru ini.

Program Ijtimak Amil kali ini menjadi platform memperkukuh semangat kebersamaan dalam menyampaikan amanah zakat dengan penuh integriti dan hikmah sejajar dengan matlamat MAIPs untuk menjadikan Perlis sebagai negeri contoh dalam tadbir urus zakat yang telus dan berkesan.

 
Back
Top
Log in Register