BTC USD 81,405.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Food Bank di stesen PETRONAS

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266
PETRONAS Brands
Ditaja ·
Barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur dan bahan makanan lain masih amat diperlukan pada masa ini. Ramai lagi yang masih memerlukan bantuan kita untuk menempuhi hari-hari yang akan datang.

Dengan bantuan anda semua, pasti kita dapat terus bersama menyalurkan bantuan yang kepada mereka yang terjejas melalui Program Food Bank di stesen kami. Sekecil manapun sumbangan anda, pasti besar nilainya kepada mereka yang memerlukan. Ayuh rakyat Malaysia!

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah menyumbang setakat ini! ❤

Untuk senarai stesen Program Food Bank, sila layari

212160988_4271514899574043_8444303383966691245_n.jpg

#ProgramFoodbank #KitaJagaKita #PowerOfLove #PETRONAS
 
Program Food Bank adalah inisiatif sementara untuk membantu individu yang memerlukan dalam tempoh PKP 3.0 berlangsung, dan sementara stok masih ada.

Program Food Bank adalah untuk individu yang memerlukan keperluan asas. Selagi stok masih ada.

Sebanyak 199 stesen PETRONAS yang terlibat dengan inisiatif ini dan jumlah stesen akan dikemaskini setiap hari Khamis.

Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan keterangan lanjut, sila hubungi Mesralink di talian 1300-88-8181.
 
petronas-foodbank1_1627268011.jpg

Program Bank Makanan di lebih 400 stesen PETRONAS​

KUALA LUMPUR: PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) mempertingkatkan Program Bank Makanan di lebih 400 stesen PETRONAS di seluruh negara untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang terkesan oleh pandemik yang masih berterusan.

Usaha itu, yang pertama kali dimulakan oleh pengedar stesen individu, kini ditambah dengan sumbangan daripada komuniti sekitar stesen yang tampil untuk turut serta.

Setakat ini, PDB memperuntukkan bekalan makanan bernilai RM600,000 untuk mempertingkatkan program itu sehingga dapat menjangkau lebih banyak penerima bantuan.

"Dalam tempoh yang mencabar ini, sungguh menggembirakan apabila melihat rakyat Malaysia berkumpul, termasuk pengedar stesen kami membantu mereka yang benar-benar memerlukan

"Kami menghargai sikap muhibah ini dan bersama-sama kami akan meningkatkannya untuk memberi impak yang lebih besar.

"Kami memanfaatkan rangkaian fizikal, mengaktifkan platform digital dan mahu memudahkan semua orang untuk turut serta," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani dalam satu kenyataan.

Melalui ciri baharu dalam aplikasi Setel, penerima bantuan dan mereka yang lebih suka menyumbang secara fizikal dapat mencari stesen peserta program terbabit.

Pengguna Setel juga boleh memilih untuk membeli pek makanan dari kenderaan mereka melalui 'Deliver2Me' ketika berada di stesen.

Orang ramai juga boleh menyumbang secara dalam talian dari kediaman mereka secara selamat, manakala ahli Mesra boleh menebus dan menukar mata ganjaran menjadi pek makanan melalui aplikasi Setel.

Azrul berkata, semua sumbangan dalam talian memanfaatkan rangkaian rantaian nilai PDB dan akan dihantar ke negeri terpilih di seluruh negara, tanpa kos tambahan kepada penyumbang.

"PDB tidak membuat keuntungan daripada sumbangan ini, jadi semua orang boleh yakin bahawa setiap ringgit akan dihantar terus kepada penerima. Kami berharap dapat mengumpulkan syarikat dan orang ramai dengan program ini.

"Kami juga bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain, rakan perniagaan dan dalam Kumpulan PETRONAS untuk jangkauan yang lebih luas dan impak yang lebih besar.

"Ini adalah permulaan yang menggembirakan, dan kami berharap dapat berkongsi lebih banyak kemas kini mengenai inisiatif ini," katanya sambil menambah PDB juga meninjau kerjasama untuk mengekalkan program itu dalam jangka panjang.

Baru-baru ini, PDB memberikan kopi dan makanan ringan kepada 20,000 barisan hadapan di seluruh negara melalui Kempen Coffee Break PETRONAS.

Azrul berkata, Kempen Coffee Break PETRONAS kini memasuki tahun ke-23 dan lazimnya memberi manfaat kepada pengguna kenderaan yang pulang ke kampung halaman pada musim perayaan.

Beliau berkata, berikutan pandemik dan sekatan perjalanan, pihaknya mengalihkan sumbangan kepada barisan depan, dengan harapan usaha yang dilaksanakan itu dapat menaikkan semangat mereka dan mengingatkan mereka untuk berehat dan kembali bertenaga semula.

Rakan kongsi kempen termasuk Nestlé Products Sdn Bhd, Delfi Marketing Sdn Bhd, iNova Pharmaceuticals (Singapore) Pte Ltd (Malaysia Branch), Julie's Manufacturing Sdn Bhd, Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd, Karabao Marketing (M) Sdn Bhd, S.L. Marketing (M) Sdn Bhd, Yee Lee Trading Co Sdn Bhd dan Adabi Consumer Industries Sdn Bhd.
 
Letak kt dalam ni klo org betol2 memerlukan die xmasuk dlm tu. Klo kt luar plak mesti licin
 
Only take it when you really need it, don't be selfish be kind to others pls
 
Letak kt dalam ni klo org betol2 memerlukan die xmasuk dlm tu. Klo kt luar plak mesti licin
sebab tu kita kena war warkan kepada orang ramai yang memerlukan pasal program ni. saya selalu post berkaitan ni di social media and ramai kawan kawan yang perlukan bantuan dapat manfaat
 
ramai orang taktahu pasal petronas foodbank ni. saya pun baru perasan masa isi minyak haritu. nampak banyak makanan kat depan pintu kaca tu. terus saya beli serba sikit makanan kat kedai mesra and sumbang situ
 
betul, kita dalam musim pandemik ramai orang yang lagi susah dari kita. jangan ambil hak orang lain.
takpe dekat petronas station semua ada cctv so takleh nak salah guna bantuan tu sebab ada bukti. saya tengok dekat petronas area rumah saya ok lagi orang pun takde berebut, situation under control
 
ramai orang taktahu pasal petronas foodbank ni. saya pun baru perasan masa isi minyak haritu. nampak banyak makanan kat depan pintu kaca tu. terus saya beli serba sikit makanan kat kedai mesra and sumbang situ
saya order online je foodbank pack. tak perlu keluar rumah pun boleh menderma bagus initiative ni
 
Back
Top
Log in Register