BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Profesional Turut Terlibat Dengan Scammer?

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,504
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,504
Reaction score
38,198
Points
2,836

Profesional turut terlibat dengan scammer?​

07 Mac 2023 08:15am

2117682.jpg


Gambar hiasan


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mendedahkan terdapat golongan profesional yang sanggup bersekongkol dengan sindiket scammer pelaburan.

Golongan itu datang daripada pelbagai bidang dan memainkan pelbagai peranan. Mereka juga dipercayai menerima wang rasuah daripada sindiket.

Mereka ini disyaki memberi kemudahan kepada sindiket penipuan antarabangsa dengan cara membuka syarikat dan akaun-akaun bank di Malaysia.

Kemudahan yang disediakan itu menyebabkan sindiket terbabit gemar memilih Malaysia sebagai salah satu negara bagi aktiviti penipuan.

Mujurlah SPRM kemudian bertindak menyerbu beberapa premis bank tempatan, pengurup wang dan pendaftar syarikat di sekitar ibu kota kerana terdapat petunjuk mereka bersekongkol dan menjadi orang tengah kepada sindiket penipuan.

Ahli sindiket terdiri daripada warga Australia, Britain, Afrika Selatan dan Filipina.

Salah seorang ahli sindiket yang berperanan mencipta laman web palsu untuk memperdaya mangsa juga berjaya diberkas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, modus operandi sindiket berkenaan adalah menawarkan portfolio pelaburan tidak wujud menerusi iklan di media sosial.

Sindiket ini sebahagian daripada sindiket antarabangsa yang dipercayai menipu mangsa di seluruh dunia sehingga RM1 bilion.

Wartawan Sinar Harian yang berpeluang menyertai Ops Tropicana itu mendapati premis yang disewa untuk dijadikan sebagai boiler room atau pusat panggilan itu beroperasi di bangunan yang mempunyai kawalan dan sukar untuk dimasuki.

Lebih memeranjatkan, sindiket yang didalangi warga United Kingdom itu merekrut ahli yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang saham. Beberapa skrip yang diguna bagi menjerat mangsa turut ditemui di sebuah bilik di boiler room terbabit.

Secara umumnya, kegiatan sindiket penipuan kelihatan terus berleluasa. Justeru, langkah Bank Negara Malaysia yang menguatkuasakan dasar Kill Switch kepada semua institusi perbankan bagi membolehkan pengguna mengambil tindakan segera membekukan akaun mereka termasuk kad ATM daripada digunakan sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan, harus disambut baik.

Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan yang menggabungkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan agensi-agensi lain juga mampu memberikan sinergi yang positif.


 
Perkembangan berkaitan

 
Dah sampai tahap kita kena ambil tindakan kpd bank yg tak nak bertindak....dan juga hukuman mati kpd scammer dan juga mereka yg bersekongkol dgn mereka
 
yg cari keja pon byk kena scam.depa cari info kita drp profile LinkedIn klu kita ada account LinkedIn...pastu guna nama company mana2..whatsapp kita..bila kita jwb dia suruh klik link yg dia bg utk job.sapa x pikir panjang klu klik mmg bye2 la..
 
Back
Top
Log in Register