BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Produksi antarabangsa, Peluru Senja angkat era penjajahan Jepun di Tanah Melayu

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Produksi antarabangsa, Peluru Senja angkat era penjajahan Jepun di Tanah Melayu​

afcf9bb4-ada3-47d8-a56b-ec0e9ca45f5f-1.jpeg

BERLATARKAN era penjajahan Jepun di Tanah Melayu, Peluru Senja merupakan filem terbitan produksi antarabangsa membabitkan pelbagai negara antaranya Malaysia, Indonesia, Singapura, Bangladesh, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Produksi antarabangsa, Peluru Senja angkat era penjajahan Jepun di Tanah Melayu KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini kita disajikan dengan filem Sarjan Hassan, Leftenan Adnan dan Embun yang mengangkat kisah penjajahan Jepun di Tanah Melayu, kini hadir Peluru Senja yang turut memaparkan latar era serupa.

Menariknya, Peluru Senja merupakan filem terbitan produksi antarabangsa membabitkan pelbagai negara antaranya Malaysia, Indonesia, Singapura, Bangladesh, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Meskipun naskhah itu merupakan karya fiksyen sejarah yang diilhamkan daripada peristiwa pada era tersebut, pengarahnya, Anshul Tiwari berkata, penting untuk penceritaannya kekal berlandaskan penyelidikan sejarah, selain mengetengahkan perspektif Asia yang jarang dipaparkan di layar perak.

“Latar belakang saya dalam pembikinan dokumentari menjadikan ketepatan sejarah sebagai antara perkara paling penting dalam menghasilkan filem ini.

“Setiap perincian perlu bersandarkan fakta bagi menghormati sensitiviti sejarah Tanah Melayu, tanpa membiarkan kebebasan kreatif memesongkan sejarah,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana Peluru Senja, baru-baru ini.

Tambahnya, usaha menghidupkan semula suasana Tanah Melayu pada tahun 1948 memerlukan penyelidikan terperinci, termasuk lawatan ke muzium perang dan galeri nasional bagi meneliti artifak serta rujukan visual daripada era berkenaan.

Memilih Bali, Indonesia sebagai lokasi penggambaran, pihak produksi turut membina set perkampungan dan kem pemberontak, selain memastikan kostum, senjata serta elemen produksi lain selari dengan latar zaman yang digambarkan.

Lebih menarik, filem yang mendapat sentuhan sutradara kelahiran India dan berpangkalan di Singapura itu mengetengahkan bakat baharu dari Malaysia, Hazman Al-Idrus sebagai bintang utama.

Bergandingan dengan pelakon dari Indonesia iaitu Asmara Abigail dan bintang dari United Kingdom, Brett Tutor, Hazman meluahkan rasa bangga diberi kepercayaan membawakan watak sebagai tentera Tanah Melayu bernama Ishraq Wan.

“Saya hadir ke sesi uji bakat untuk watak pelakon pembantu. Tetapi selepas selesai sesi itu, saya ditawarkan watak utama. Ini adalah filem pertama saya dan saya sangat berbesar hati dapat terlibat dengan produksi serta pelakon antarabangsa yang lain.

Peluru Senja mengisahkan seorang askar Tanah Melayu dan seorang askar British yang tertinggal ketika pasukan British berundur. Dibayangi trauma peperangan, kedua-duanya terpaksa mengetepikan perbezaan apabila sebuah perkampungan berdepan ancaman kumpulan bersenjata dari puak pemberontak yang diketuai Chin Liu lakonan Fabian Loo.

Di sebalik latar peperangan, Peluru Senja turut menyelami kesan konflik terhadap manusia menerusi tema kelangsungan hidup, kehilangan, pengorbanan, trauma serta pilihan sukar yang terpaksa dibuat dalam zaman penuh pergolakan.

Karya ini merupakan hasil kerjasama FilmsPositive, LDNO Productions, Limbo Pictures dan Viking Sunset Studios, manakala MSK Cinemas Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar rasmi di Malaysia. – KOSMO! ONLINE
==============================
Filem ni mcm best je nak tengok tapi bila tengok ramai pelakon baru macam malas2 nak pergi wayang. Hazman tu lately suka2 je upload gambar, boleh la usha IG dia tengok dia aktif sangat ke. 🙄

 
Back
Top
Log in Register