BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketawakan saya depan seluruh produksi, nama dia ‘J’ – Zara Zya

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
WhatsApp-Image-2026-02-18-at-11.26.49-AM.jpeg

ZARA mendedahkan pernah ditertawakan pelakon wanita lain kerana dikatakan tidak popular.

"Ketawakan saya depan seluruh produksi, nama dia ‘J’ – Zara Zya" PETALING JAYA – Memori pahit ‘makan dalam’, pelakon Zara Zya mendedahkan pernah ditertawakan seorang aktres apabila dikatakan tidak popular dan tiada kelompok peminat sendiri.

Menurut Zara atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 41, perkara tersebut adalah momen menyedihkan kerana dimalukan di hadapan kru produksi.

“Teringat kejadian ketika masih belum dikenali dan menjalani penggambaran bersama seorang pelakon wanita, nama dia J.

“Ketika itu kami jalani penggambaran di pusat beli-belah dan ada beberapa peminat nak bergambar dengan dia, normal sebab dia dikenali.

“Yang tak normal dan menyedihkan, dia boleh ketawakan saya depan seluruh produksi sambil cakap, ‘kau siapa? Orang tak kenal pun. Kau tak popular’. Berkali-kali dia ulang dan saya diam, teruskan kerja,” katanya dalam platform Threads.

Ujarnya, banyak perkara menyakitkan hati perlu dihadapinya selama tujuh hari penggambaran dilakukan bersama yang dianggap tidak sepatutnya berlaku.

Perkara tersebut juga mengajarnya agar tidak sesekali merendah-rendahkan imej dan rezeki orang lain.

“Saya hadap dia hampir tujuh hari. Macam-macam dia cakap dan hina saya. Memang masa tu orang tak kenal saya pun dan masih mentah lagi dalam industri.

“Bila teringat, saya sedih tapi tak menangis. Sedih dia ‘makan dalam’ dan buat saya sentiasa beringat, jangan hina dan elak pandang rendah pada orang sebab tak tahu rezeki kita semua macam mana.

“Dia sudah tak ada pun dalam industri lagi, sekian,” katanya lagi.

Zara bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon berkenaan. – KOSMO! ONLINE
==============================
Adoii, kesiannya sis Zara kena mcm tu. Dulu2 mmg susah nak naik kan? Tapi skrg tgk IG dia, happy je, stay strong la sis! Mana tau si 'J' tu dah lupa ingatkan dia famous sgt kekeke. 🙄

 
Back
Top
Log in Register