BTC USD 84,484.3 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Problem dgn streamyx

tp bab bayaran xde sikit pun kurang.. klu ade rebate ok la juga.. cuba Bukit Antarabangsa.. x di minta.. laju jer bg rebate.. mangkuk nyer streamyx. pilih kasih..

kalau ada masalah bro tros buat report dan pastikan ada no report.. kalau dtg dr provider nye masalah memang bro bleh mtk rebate.. cume 50-50 aaa.. sy pun tak leh nak cakap..

abis tu derang ckp ok.. xkn sy nk bantah.. ke sy nk kena wat repot lg ? nnt silap2 dia suh tukar tel..(ntah kena caj agaknya)..

bkn curi kabel la, tepon org lain guna no tepon sy la...teruk kn?

kalau tepon org lain guna tepon bro memang sah2 bukan masalah bro.. tu provider kene settlekan.. kalau report yg dulu tu dah lama.. cube buat report baru.. tgk ada tindak balas mereka kali ni..
 
problem aku dah dekat 2 bulan...
problem sama mcm TT gak tp jap2 jer putus...
bab line putus aku pun pantang sebab aku donlot dr RS banyak..
aku dah report 100 ngan email...tp xde hasil camtu gak...
aku repot lak kat SKMM, laju je diorang call tnye problem...
tp tak setel lgi nih....tengah caiyok...:D
 
problem aku dah dekat 2 bulan...
problem sama mcm TT gak tp jap2 jer putus...
bab line putus aku pun pantang sebab aku donlot dr RS banyak..
aku dah report 100 ngan email...tp xde hasil camtu gak...
aku repot lak kat SKMM, laju je diorang call tnye problem...
tp tak setel lgi nih....tengah caiyok...:D

kalau line putus2 tu isue frequent disconnection.. tp kene tgk jugak satu session tu berapa lama..
frequent ni pun byk sebab jugak.. dr network card,modem,line telepon atau masalah provider tu sendiri.. since bro dah buat report tunggu aje apa feedback dr mereka..:)cgrock
 
aku 4 taun da camni cume kebelakangan ni je agak elok......akunye masalah lai la teruk, nak sambungkan tenet kene bypass kat kotak putih telepon then dalam 1 minit (kekadang x sampai) da putus balik.

wat report yg dtg tech telekom huhu die mane le tau pape....8 kali report pun tech telekom yg dtg, telepon kali ke 15 sbb tech telekom tu da boring die pun p crkkan tech streamyx muahahaha.

bile check die kate signal x kuat (cam wireless lak hehe) tp apekejadahnye 2 taun sebelum tu elok jek? ni da ok la putus pun die leh sambung sendiri cuma slow banget huhu. nak potong kang x dek tenet lak kat kg ahaha...
 
Sampai bilalah pengguna stremix kat malaysia terus dibelenggu 1000 macam masalah ini, adakah bayaran bulanan yang kita bayar setimpal dengan service yg stremix beri?
 
Kebanyakan anda pasti pernah berdepan pengalaman pahit ketika berurusan dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, malah anda mungkin beranggapan ia sebahagian persetujuan 'senyap' dan tiada apa yang boleh dibuat bagi menghalang masalah sama berulang.

Sebagai contoh, ada ketika, anda dapati bil telefon diterima tidak tepat sama ada bil talian tetap, telefon bimbit mahupun telefon pejabat.

Bagi pengguna prabayar, keadaan lebih mengelirukan. Sebagai contoh, anda membeli sejumlah nilai kredit prabayar dan membuat beberapa panggilan. Dalam beberapa hari, anda dapati baki kredit prabayar itu jauh berkurangan. Biasanya, anda hanya berkata, adakah aku membuat banyak panggilan?.


Good info..TQ
Jika keadaan itu berlaku, di mana tempat anda mengadu selain syarikat penyedia perkhidmatan itu?. Justeru, pelanggan dan semua pengguna telekomunikasi perlu mengetahui hak anda sebagai pengguna telekomunikasi yang bijak.

Sebelum ini, Malaysia hanya mempunyai satu syarikat penyedia perkhidmatan dan ketika itu, sering timbul anggapan bahawa penyedia perkhidmatan lebih berhak berbanding pelanggan. Namun, keadaan berubaha selepas penggubalan Aktak Komunikasi dan Multimedia 98 (CMA98) yang mempunyai peruntukan terhadap pelbahai perkhidmatan pemusatan untuk diperkenalkan kepada industri dan negara.

CMA98 menyatakan secara jelas peruntukan bagi anti persaingan, langkah pertama ke arah liberalisasi dalam industri komunikasi.

Berikutan itu, lesen penyedia komunikasi lama perlu bergerak ke arah rejim perlesenan baru bagi lesen penyedia kemudahan komunikasi, lesen individu ASP bagi perkhidmatan sewa dan lesen kelas bagi pelbagai perkhidmatan.

Terdapat perspektif baru bagi definisi hak dalam komunikasi yang boleh dibahagikan kepada hak pengguna, hak penyedia perkhidmatan dan hak kerajaan serta badan kerajaan.

Untuk menjadi pengguna komunikasi bijak, anda perlu mengetahui hak sebagai pengguna dan melalui hak itu serta hak penyedia perkhidmatan, akta baru berkenaan menggalakkan rejim kawanlan sendiri manakala kerajaan tidak lagi mengenakan segala kawalan dan tindakan.

Sebaliknya, melalui CMA98, masyarakat dan industri perlu bersama- sama mengatur diri dan bersetuju terhadap masalah yang berlaku dan berusaha memperbaikinya dan pasa sama menjamin dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan.

Memandangkan sudah menjadi peraturan industri, pengguna perlu memberi maklumat mengenai apa yang boleh diterima dan mampu meningkatkan perkhidmatan pelanggan.

Peringkat pertama mengenali hak pengguna, anda perlu melepasi saluran disediakan Forum Pengguna Malaysia (CFM) yang dilantik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pada peringkat ini, pengguna dan penyedia perkhidmatan akan cuba untuk menyelesaikan malasah secara bersama.

Jika peringkat pertama itu gagal, CFM boleh mengemukakan kes kepada SKMM untuk tindakan lanjut. Suruhanjaya itu bertindak mengawasi keberkesanan CFM dan menguatkuasakan tanggungjawab pelesenan dikenakan terhadap setiap syarikat penyedia perkhidmatan.

CFM adalah organisasi yang dianggotai penyedia perkhidmatan dan kumpulan pengguna yang turut mempunyai pengurusan sendiri bagi menjelaskan kod tata laku penyedia perkhidmatan. Setiap aduan akan diselesaikan dan syarikah penyedia perkhidmatan yang menerima aduan itu perlu memberi maklum balas mengikut kategori aduan dan jangka masa diberi.

Sebagai pengguna komunikasi, anda sering menghadapi pelbagai masalah berkaitan perkhidmatan komunikasi disebabkan pelbagai faktor termasuk kualiti perkhidmatan buruk dan tidak memuaskan seperti pemberian bil tidak tepat.

Alasan in paling rumit dan kontroversi serta paling banyak didebatkan dengan beberapa syarikat penyedia perkhidmatan prabayat memandangkan pengguna tidak diberikan bil.

Jadi, bagaimana anda dapat mengawasi panggilan dibuat selain mengetahui baki kredit prabayar berkurangan secara mendadak sedangkan anda tidak membuat banyak panggilan?

Jadi, dengan hanya memahami hak anda, and mungkin boleh bertanya secara terperinci bagi mendapatkan penjelasan.

Perlu diingat, sejak CFM dilantik SKMM sebagai mata dan telinga suruhanjaya itu dan semua pengguna, anda sebagai pengguna komunikasi yang bijak perlu memanfaatkan sepenuhnya saluran disediakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai CFM, dan boleh melayari laman web di alamat www.cfm.org.my.

Antara faktor kenapa anda perlu menekankan hal itu kerana anda membelanjakan purata antara 5 hingga 50 peratus jumlah pendapatan bulanan untuk berkomunikasi sama ada menggunakan perkhidmatan prabayar, perkhidmatan suara atau perkhidmatan telefon bimbit, talian tetap atau Internet.
Kesimpulannya, anda mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai penggunaan perkhidmatan komunikasi walaupun tiada bil dihantar ke rumah.
kat sini ada sedikit info sesiapa yg selalu kene masalah slow connection atau internet selalu terputus atau rase mcm lembap nak mampus internet .. ini tips2 penting ..

1. cube periksa laptop atau pc ada sama ada .. mempunyai virus atau spyware

2. lakukan ping keatas beberape website yg dikenalpasti slow

3. lakukan ping ke dns tm iaitu 202.188.1.5 dan 202.188.0.133 ( start - run - cmd - ping 202.188.0.133 -t ) tekan ctrl + c untuk mengetahui result ... pastikan tunggu selamma 5 atau 10min

4. test speed di http://speedtest.izzi.com.my/ lakukan 3 kali test

5. pastikan anda screenshot @ printscreen keatas semua2 result2 ping dan result speed test .



tanda2 internet slow ada lah ping ms melebihi 20ms utk tm dns dan melebihi 100-200ms utk lain2 website ..

emailkan bukti2 gamba screenshot tadi ke

tm care email : [email protected]

cc kan ke :
email : [email protected]
[email protected]


sertakan

1. Nombor aduan TM
2. I/C Number
3. Nombor akaun TM Streamyx
4. ID pengguna TM Streamyx
5. Nombor telefon yang boleh dihubungi

beserta komen mengenai masalah anda



jika anda buat begini .. kompom esok dia org call
( aku sendiri dah try .. terbukti berkesan)

baca dan paham kan
 
kalau line putus2 tu isue frequent disconnection.. tp kene tgk jugak satu session tu berapa lama..
frequent ni pun byk sebab jugak.. dr network card,modem,line telepon atau masalah provider tu sendiri.. since bro dah buat report tunggu aje apa feedback dr mereka..:)cgrock

tech dia ada dtg haritu, dia ckp kualiti line tak berapa o.k. local line attenuation ngan snr margin tak elok. cakap nak setel tp pastu tak setel pun...
aku bengang report kat skmm...:)paid
 
tech dia ada dtg haritu, dia ckp kualiti line tak berapa o.k. local line attenuation ngan snr margin tak elok. cakap nak setel tp pastu tak setel pun...
aku bengang report kat skmm...:)paid

itu hak pengguna. kalau dah bengang sangat dengan strimix, cari alternatif. guna izzi ke, p1 w1max ke :)
 
Tapi masa potang line laju jer..
kalau aku lupa bayar..
 
Back
Top
Log in Register