BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Sabah: PKR Sabah Cari Keseimbangan Calon

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
634b4195e44b04acc5b7b83b7f194c1f68b998b39a4f6

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA.


PKR Sabah akan berusaha menampilkan keseimbangan antara calon daripada barisan pimpinan parti dan individu profesional yang direkrut dari luar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata keseimbangan itu penting bagi memastikan kedudukan PKR terus kukuh serta menambah bilangan kerusi di negeri berkenaan.

Beliau berkata parti itu menerima banyak permohonan daripada individu yang berminat menjadi calon, namun keutamaan tetap akan diberikan kepada pimpinan sedia ada dalam proses pemilihan calon.

“Proses penilaian akan dibuat secara teliti, namun kami perlu bersikap terbuka seperti parti-parti lain yang turut merekrut calon dari luar.

“Kami akan pastikan pimpinan sedia ada dijaga, bukan maknanya mereka dibiarkan. Itu sebabnya kami cari keseimbangan untuk kebaikan parti,” katanya selepas majlis pelancaran Program Tuisyen Satelit Malaysia MADANI di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas tentang kewujudan calon payung terjun yang akan mewakili PKR pada PRN Sabah ke-17.

Mengenai isu pertindihan kerusi dengan Barisan Nasional (BN), Mustapha berkata perbincangan berhubung perkara itu hampir selesai dengan hanya satu atau dua kerusi masih belum dimuktamadkan.

“Dengan BN hampir tidak banyak masalah, hanya tinggal satu, dua kerusi sahaja tapi itu saya fikir akan diselesaikan dan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pun ada beberapa kerusi (bertindih), itu saya fikir akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata beliau sendiri tidak akan bertanding pada PRN kali ini kerana mahu memberi tumpuan kepada strategi memastikan calon-calon PKR menang supaya agenda reformasi dapat diteruskan selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

 
Back
Top
Log in Register