BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Negeri Sembilan: BN Mungkin Tidak Kekalkan Pendekatan "Kerusi Tradisi" - Mohamad

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80

PRN Negeri Sembilan: BN Mungkin Tidak Kekalkan Pendekatan "Kerusi Tradisi" - Mohamad​

8840b32bf90192ff2daeb0efe55c0b4f6a49fd7f783d6

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama ahli-ahli UMNO selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Barisan Nasional (BN) berkemungkinan membuat perubahan untuk tidak mengekalkan “kerusi tradisi” dalam pembahagian kawasan yang ditandingi parti itu, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Negeri Sembilan.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah itu, berikutan komposisi pengundi di kebanyakan kawasan yang banyak berubah ketika ini.

“Kita mahu melihat semula dan kalau boleh, kita nak ubah suai supaya bagi peluang pula untuk parti dalam kumpulan komponen BN itu, untuk bertanding di kawasan yang rasa dia boleh menang. Kalau dibandingkan dengan cara tradisi dulu, contohnya kerusi 1, 2, 3, 4, ini kau punya.

“Jadi, ia tidak memberi ruang dan juga tidak memberi pengundi peluang untuk mereka memilih. Itu pandangan saya selaku Pengerusi BN Negeri Sembilan, buat pertukaran kerusi ke, seat swap ke, kerana kita mesti bagi peluang kepada pengundi.

“Kalau bertambah merosot, mengapa kita nak bagi kepada parti yang sama bertanding di tempat yang sama? Boleh jadi kita tukar kerusi tapi kita cuba accommodate sebanyak mungkin kepada semua rakan dalam komponen BN,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau, di sini hari ini.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata keputusan pilihan raya sebelum ini, akan dijadikan panduan dalam menilai corak sokongan pengundi serta perubahan demografi di setiap kawasan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Bagaimanapun, beliau berkata sebarang keputusan muktamad berhubung pengagihan kerusi dan senarai calon komponen termasuk Friends of BN, tertakluk kepada keputusan Dewan Tertinggi BN peringkat pusat.

Mohamad berkata semua ketua bahagian diarah mengemukakan senarai calon masing-masing mengikut prosedur yang ditetapkan dengan sekurang-kurangnya tiga calon bagi setiap kerusi.

“Kita akan buat segeralah kerana kita nak umumkan nama calon pada 15 Julai ini semasa kita melancarkan jentera pilihan raya BN, kita tak banyak masa lagi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register