BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Saingan Empat Penjuru Di DUN Permas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

PRN Johor: Saingan Empat Penjuru Di DUN Permas​

d50c3f5681a23b43190f6f7592f156936a3f4310a6540

Calon-calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Permas (dari kanan) Baharudin Mohamed Taib mewakili Barisan Nasional, Sharon Teo (Pakatan Harapan), Dr Zamil Najwah (Parti Bersama Malaysia) dan T. Vela dari Perikatan Nasional menunjukkan simbol nombor masing-masing selepas proses penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Dewan Muafakat Taman Mawar, hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Permas Abd Majid Sapihe mengumumkan senarai calon yang layak bertanding di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Muafakat, Taman Mawar di sini selepas proses penamaan calon ditutup sepenuhnya pada 10 pagi tadi.

Penyandang kerusi DUN Permas Baharudin Mohamed Taib dari BN bakal dicabar Sharon Teo (PH),  T. Vela (PN) serta Dr Zamil Najwah daripada Bersama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 11 Julai ini.

Berdasarkan statistik SPR, PRN kali ini melibatkan sebanyak 2,727,926 pemilih berdaftar terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan.

Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.

 
Back
Top
Log in Register