BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Pastikan Proses Berkempen Sopan - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PRN Johor: Pastikan Proses Berkempen Sopan - PM Anwar​

7471afcffeed80523cd32621466a97516a3e3744f1fd5

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bercakap pada sidang media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamiatus Solehah, Pekan Dengkil, hari ini.

Jangkaan pertembungan beberapa penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah lumrah dalam amalan demokrasi di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun mengingatkan semua pihak untuk berkempen dengan sopan sepanjang proses PRN berlangsung.

“Tiga ke enam (penjuru) itu lumrah dalam amalan demokrasi. Cuma biarlah kempen itu sopan, jaga akhlak dan jangan lupa daratan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil, di sini hari ini.

Anwar turut mengingatkan semua parti komponen PH untuk mempamerkan prestasi yang baik ketika berkempen pada PRN Johor kali ini.

Proses penamaan calon PRN Johor dijadualkan berlangsung bermula 9 hingga 10 pagi esok di 56 pusat penamaan calon (PPC) yang telah ditetapkan, sebelum pengumuman rasmi calon yang layak bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Dalam pada itu, Anwar mahu setiap parti komponen PH mengambil pendekatan menyantuni masyarakat dengan lebih dekat dan tidak mempamerkan sikap sombong.

“Jangan tunjuk sombong, jangan tolak orang itu, bekerjasamalah. Ambillah sikap yang sederhana, cuba layani, santuni sebanyak mungkin masyarakat kita,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, 7 Julai bagi hari pengundian awal, manakala 11 Julai sebagai hari mengundi.

Dilaporkan, sebanyak 593 borang pencalonan bagi PRN Johor terjual setakat ini, namun hanya 133 bakal calon mengesahkan penyertaan mereka dengan menjelaskan bayaran deposit.

 
Back
Top
Log in Register