BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Lebih 120 Bekas Ahli Bersatu Beralih Sokong PH

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PRN Johor: Lebih 120 Bekas Ahli Bersatu Beralih Sokong PH​

4587c8b1bfd09e2091c37bd6c0ea23bb6a4e5a613d911

d41edbdb0173d03767d267e90025c7f76a4e5aa402af4

Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas Muhammad Faezuddin Mohd Puad (kanan) mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Utama PH Kempas, hari ini.

Turut serta, bekas Pengerusi Bersatu Cawangan Bukit Mewah Mohd Suhimi Abdul Rahman (kiri).

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Lebih 120 bekas ahli dan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Pulai hari ini mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas Muhammad Faezuddin Mohd Puad berkata kumpulan berkenaan sebenarnya telah menyatakan hasrat menyokong gabungan itu lebih awal namun memilih untuk mengumumkannya secara terbuka hari ini.

Beliau berkata antara bekas pimpinan yang menyertai PH ialah bekas Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Bahagian Pulai Rafidah Ani, bekas Setiausaha Srikandi Bahagian Pulai Noriah Mat Daud, bekas Pengerusi Bersatu Cawangan Bukit Mewah Mohd Suhimi Abdul Rahman serta beberapa ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan.

"Mereka telah menyatakan hasrat itu lebih awal, tetapi kesediaan untuk mengumumkannya dibuat pada hari ini... mereka juga telah memaklumkan perkara itu kepada pimpinan (Bersatu)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Muhammad Faezuddin, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor, berkata faktor utama mereka menyokong PH adalah didorong oleh pendekatan gabungan itu yang mengamalkan pendekatan membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.

"Apabila menjadi wakil rakyat atau kerajaan, kita bantu semua... selepas pilihan raya, kita bantu rakyat tanpa mengira mereka daripada Bersatu, UMNO, PKR, DAP atau mana-mana parti… kita mahu membawa budaya politik baharu, bukan budaya lama yang hanya membantu penyokong atau kroni parti tertentu... mungkin pendekatan itu menyebabkan mereka selesa untuk bersama kita," katanya.

Sementara itu, Rafidah mendakwa rasa kecewa terhadap kepimpinan Bersatu yang sukar memberikan penghargaan serta bantuan kepada masyarakat mendorong beliau beralih arah ke PH.

Sepanjang penglibatannya, beliau berhasrat membantu golongan memerlukan seperti ibu tunggal namun berdepan kesukaran mendapatkan sokongan yang sewajarnya daripada parti lama.

"Saya rasa kecewa kerana Srikandi seperti dianaktirikan dan tidak dihargai," katanya.

 
Back
Top
Log in Register