BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRISMAnita Permudah Akses Khidmat Sokongan Wanita Secara Menyeluruh - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
057a273b2040bccb0f2249a713dddb0169afe66bc6156

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap bagi merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (SHWA26) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur hari ini.

Kerajaan hari ini melancarkan inisiatif Perantara Rujukan, Intervensi, Sokongan, Maklumat dan Advokasi untuk Wanita (PRISMAnita) bagi memudahkan akses kepada perkhidmatan sokongan terhadap golongan itu khususnya dalam menangani pelbagai isu kekeluargaan termasuk keganasan rumah tangga.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PRISMAnita berperanan memudahkan akses kepada perkhidmatan lebih cekap, pantas, selaras dan mesra mangsa selain menyediakan tawaran sokongan lebih menyeluruh kepada wanita.

Beliau berkata inisiatif itu bukan sahaja melibatkan penyediaan perkhidmatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tetapi turut didukung oleh kementerian serta jabatan berkaitan bagi memastikan penyelarasan bantuan kepada wanita dilaksanakan secara menyeluruh.

“Dalam rangka Kerajaan MADANI ini, kita pastikan dia (PRISMAnita) tidak bergerak silo. Program dan acara serta ikhtiar KPWKM mesti didukung sepenuhnya oleh semua Kementerian dan jabatan berkaitan.

“Ketua Setiausaha Negara juga akan memastikan dalam mesyuarat-mesyuarat penyelarasan itu supaya agenda wanita turut diketengahkan. Tawaran sokongan ini (PRISMAnita) lebih menyeluruh dan merangkumi khidmat nasihat, rujukan serta penyelarasan kes bersama pelbagai pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan Timbalannya Lim Hui Ying.

Mengulas lanjut mengenai PRISMAnita, Anwar berkata inisiatif itu turut menyediakan platform maklumat serta pemadanan perkhidmatan selain menawarkan sokongan kepada wanita yang berdepan situasi krisis bagi memastikan golongan berkenaan mendapat bantuan tepat tanpa halangan birokrasi.

Beliau berkata hab advokasi di bawah inisiatif itu juga akan memberi kefahaman mengenai pelaksanaan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840), Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) serta peraturan-peraturan lain berkaitan.

 
Back
Top
Log in Register