BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prestasi pengerusi PN negeri akan dinilai akhir bulan ini, kata Takiyuddin

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Prestasi pengerusi PN negeri akan dinilai akhir bulan ini, kata Takiyuddin​

4a8bf552-3388-4f9a-a32a-071529796c34-Takiyuddin-Hassan-Muktamar-Tahunan-PAS-fmt-5926.jpg

Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata setiap pengerusi PN negeri tertakluk kepada penilaian prestasi selepas enam bulan dilantik.

Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, berkata setiap pengerusi PN negeri tertakluk kepada penilaian prestasi selepas enam bulan dilantik.

“Majlis Tertinggi PN pada 14 Mac lalu telah melantik sebahagian pengerusi negeri. Ada negeri ditangguh pelantikannya atas sebabtertentu dan ada negeri yang dibuat pertukaran dan sebagainya,” katanya pada ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-72 di sini.

Beliau berkata, kuasa melantik pengerusi PN negeri terletak di tangan pengerusi PN seperti diperuntukkan dalam Fasal 21.2(i) perlembagaan gabungan itu.

Justeru, jelasnya, prestasi pengerusi PN negeri akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN bulan ini.

Tegasnya, penilaian itu penting kerana PN berdepan masalah membabitkan kedudukan parti komponen yang disifatkannya belum stabil.
 
Back
Top
Log in Register