BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,301.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Presiden FAM: TMJ sah bertanding

i lebih sokong jika annuar musa... namun dia sudah gantung 2yrs, so xbole calon...

jadi i rasa baik jika kita bagi chance kpd TMJ, kita tgk mcmna...

i percaya juga TMJ akan privatize ini MSL / MPL ini

terbaik !!
 
bgi lah kat tmj... die org bru... lg mudah buat prubahan... kurang2 akn ade prubahan
 
pertama sekali siapa yang berani nak swastakan liga dalam malaysia ni la yang patut jadi calon presiden. kalau masih bawah FAM mmg payah la nak maju lagi
 
aku sokong tmj jadi presiden.. nanti pelabur banyak..sponsor pun boleh tahan..
 
TMJ tak payah la.. biar tunku bangunkan PBNJ.. jadik presiden FAM ni ibarat jadik kambing hitam je kalau ada fan tak puas hati pasal FAM..

black-sheep-eating-grass.JPG
 
Rasanya dua2 bukan sultan.

tau xpe.. dengar je anak sultan, anak raja, terus kondem.
cer fikir..kalu xde tmj naekkan johor, xde la fa lain berusaha cari duit lebih bayar gaji player masing2.. padang setiap stadium negeri pon dah nampak semakin ok dgn alasan nak elak dari player masing2 dirampas jdt. :)cgrock

aku rasa kalau tmj jadi presiden, mgkin fa setiap negeri reti buat keje cari penaja dan lain2 untuk persatuan bola masing2...
Bila guna sultan atau raja sebagai kepala, rakyat lebih rela ikot. tapi haruslah pemimpin tu dijalan yg benar. jgn jadi mcm fam...sultannya berangan mcm hero tapi xsedar diri tu x betul, then yg bawah2 tu pon ikutlah tanpa rela... #:-S

so, aku rasa tmj nie sesuai buat masa ni sbb idea dia pon lebih kurang kita2 yg dahagakan pembaharuan... nanti kalau dia buat hal mcm sultan pahang, kita kasi turun la blk. kasi nyanyi itu lagu "FAM BANG.SAT" byk kali... :)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock

.
 
Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar kecil) menutup segala persoalan mengenai kesediaannya bertanding pada Mesyuarat Kongres Pemilihan FAM, 25 Mei ini apabila menyatakan minat untuk merebut jawatan presiden badan induk tanah air itu.

Perkara itu didedahkan Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya semalam yang menyatakan Tunku Ismail bersedia menawarkan diri untuk bertanding mengisi jawatan tertinggi FAM itu yang kini disandang Sultan Ahmad Shah.

“Bila saya tanya kawan-kawan Presiden PB (Persatuan Bola Sepak) Negeri, ramai yang tidak pasti sama ada mereka bersedia untuk menawarkan diri (bertanding) untuk jawatan Presiden FAM.

“Namun apabila saya sembah persoalan itu kepada DYTM Tuanku Presiden PBNJ (Tunku Ismail), ini titah baginda kepada saya... “I'll run for it (saya bersedia untuk bertanding). Saya sedia. Demi bola sepak tanah air,” tulis Annuar dalam akaun Facebook miliknya.

Annuar, bekas Timbalan Presiden FAM yang tidak boleh bertanding mempertahankan jawatan itu akibat masih menjalani hukuman penggantungan dua tahun enam bulan kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM nyata memuji pendirian Tunku Ismail kerana berani tampil demi bola sepak negara.

“Inilah semangat yang kita mahu. Aktivis bola sepak negara tidak boleh hanya mengeluh mengenai prestasi negara tanpa tampil memikul tanggung jawab memperbaikinya,” katanya.

xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.oNo7glXPTT.webp

ANNUAR bertanya sendiri kepada Tunku Ismail mengenai isu jawatan Presiden FAM.

Persoalan mengenai siapakah yang bersedia bertanding merebut jawatan Presiden FAM mula hangat diperkatakan apabila badan induk itu mengumumkan pencalonan kini dibuka sebelum kongres pemilihan Mei ini.

Selain jawatan presiden, dua calon untuk timbalan presiden, naib presiden (empat) dan 10 ahli Exco yang membabitkan lapan calon lelaki dan dua wanita turut dipertandingkan dalam kongres pemilihan itu.

Tarikh akhir pencalonan pada 25 Mac ini dan sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi daripada Sultan Ahmad Shah mengenai pendiriannya sama ada masih mahu bertanding mempertahankan jawatannya.

Bagaimanapun bukan sesuatu yang mengejutkan jika Tunku Ismail membuat keputusan itu kerana sebelum ini beliau yang membangkitkan semula bola sepak Harimau Selatan sudah membayangkan untuk bertanding jika mendapat sokongan ahli gabungan.

Annuar yang mahu melihat perubahan dalam barisan kepimpinan FAM bagi penggal baru itu berkata, ramai pemimpin dari persatuan bola sepak negeri memberi reaksi positif untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.

“Difahamkan ramai pemimpin PB negeri sanggup menawar diri dalam saf Exco FAM kali ini. Satu perkembangan yang baik untuk bola sepak,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014031904470320140319044703/Article/index_html
 
sapa yang berani silakan... persoalan siapa yang berani?? sekadar cakap belakang2 sampai bila tak selesai...
 
Back
Top
Log in Register