BTC USD 80,882.6 Gold USD 4,382.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Presiden FAM: TMJ sah bertanding

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
TMJ menjadi calon kedua selepas Tengku Abdullah untuk merebut jawatan Presiden FAM pada pemilihan 25 Mei akan datang, menurut penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa

1458511_301287416689988_1374054646_n.jpg


'Saya sedia'

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar kecil) menutup segala persoalan mengenai kesediaannya bertanding pada Mesyuarat Kongres Pemilihan FAM, 25 Mei ini apabila menyatakan minat untuk merebut jawatan presiden badan induk tanah air itu.


Perkara itu didedahkan Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya semalam yang menyatakan Tunku Ismail bersedia menawarkan diri untuk bertanding mengisi jawatan tertinggi FAM itu yang kini disandang Sultan Ahmad Shah.

“Bila saya tanya kawan-kawan Presiden PB (Persatuan Bola Sepak) Negeri, ramai yang tidak pasti sama ada mereka bersedia untuk menawarkan diri (bertanding) untuk jawatan Presiden FAM.


“Namun apabila saya sembah persoalan itu kepada DYTM Tuanku Presiden PBNJ (Tunku Ismail), ini titah baginda kepada saya... “I'll run for it (saya bersedia untuk bertanding). Saya sedia. Demi bola sepak tanah air,” tulis Annuar dalam akaun Facebook miliknya.


Annuar, bekas Timbalan Presiden FAM yang tidak boleh bertanding mempertahankan jawatan itu akibat masih menjalani hukuman penggantungan dua tahun enam bulan kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM nyata memuji pendirian Tunku Ismail kerana berani tampil demi bola sepak negara.


“Inilah semangat yang kita mahu. Aktivis bola sepak negara tidak boleh hanya mengeluh mengenai prestasi negara tanpa tampil memikul tanggung jawab memperbaikinya,” katanya.


xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.oNo7glXPTT.webp

ANNUAR bertanya sendiri kepada Tunku Ismail mengenai isu jawatan Presiden FAM.

Persoalan mengenai siapakah yang bersedia bertanding merebut jawatan Presiden FAM mula hangat diperkatakan apabila badan induk itu mengumumkan pencalonan kini dibuka sebelum kongres pemilihan Mei ini.


Selain jawatan presiden, dua calon untuk timbalan presiden, naib presiden (empat) dan 10 ahli Exco yang membabitkan lapan calon lelaki dan dua wanita turut dipertandingkan dalam kongres pemilihan itu.

Tarikh akhir pencalonan pada 25 Mac ini dan sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi daripada Sultan Ahmad Shah mengenai pendiriannya sama ada masih mahu bertanding mempertahankan jawatannya.


Bagaimanapun bukan sesuatu yang mengejutkan jika Tunku Ismail membuat keputusan itu kerana sebelum ini beliau yang membangkitkan semula bola sepak Harimau Selatan sudah membayangkan untuk bertanding jika mendapat sokongan ahli gabungan.


Annuar yang mahu melihat perubahan dalam barisan kepimpinan FAM bagi penggal baru itu berkata, ramai pemimpin dari persatuan bola sepak negeri memberi reaksi positif untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.


“Difahamkan ramai pemimpin PB negeri sanggup menawar diri dalam saf Exco FAM kali ini. Satu perkembangan yang baik untuk bola sepak,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014031904470320140319044703/Article/index_html
 
Last edited:
kehkehkeh aku rasa biarlah Tengku Abdullah yang jadi Presiden..

lagipun beliau berpengalaman, kalau nak rujuk apa2 pun senang :)paid
 
aku sokong tengku abdullah walaupun cakap legasi FAM dari bapak dari TMJ nih, nanti ada yg kena penampor plak bila usul cadangan... ada yg kena sepak plak...
 
Aku lagi sokong tan sri anuar musa jd presiden drpd calon 2 org ni
 
Hehehe...lbih suka keturunan hang kebun...
mudah nk sound klau keja x btul
 
Dua2 xsokong... Daulat la sgt.... Sahabat nabi pun xde nak sembah2 daulat bile jumpa nabi... Lau mati pn dlm tanah jgk.
 
Kasi tmj sekali tengok

Mana tau ada peningkatan

.
 
bg kt mana mana yg mmg ada soccer background lg elok..yg sultan2 ni better jd imam masjid lg elok la,ketua agama islam tu..
 
kalu bagi keturunan di raja sampai bila bola sepak malaysia x kemana......
depa nih kalu org bwh sound agak2 nak dengaq ka.....
sat g kuaq ayat murka la apala mula la ada satu puak kaki ampu presiden amik tindakan....
contoh dh ada anuar musa,Allahyarham Dato' Paduka Ahmad Basri Akil..
depa nih lawan untuk majukan sukan tapi apa depa dapat kena denda ngan gantung betahun2......cukuplah sultan2 nih p jaga fa negeri dh.....dok dlm FAM dh 30 tahun wooo apa dapat......ranking dr 2angka ke 3 angka......maju la sngat..... APTB
 
bg kt mana mana yg mmg ada soccer background lg elok..yg sultan2 ni better jd imam masjid lg elok la,ketua agama islam tu..

Rasanya dua2 bukan sultan.
 
Back
Top
Log in Register