BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Premier Seru Pemimpin Akar Umbi Kukuh Perpaduan, Sampai Dasar K'jaan Secara Berkesan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
0d69ff04a44315fbe7e839f25c93713a69ec05ff26b8b

Kredit UKAS

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru  agar pemimpin akar umbi memperkukuh perpaduan serta menyampaikan dasar kerajaan negeri secara berkesan kepada rakyat, dalam menghadapi perubahan ekonomi dan teknologi.

Berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat di sini malam tadi, beliau berkata pencapaian pembangunan Sarawak sepanjang lebih sedekad lepas, perlu dilihat seiring dengan cabaran masa depan, khususnya dalam menyesuaikan diri dengan ekonomi digital dan peralihan kepada tenaga hijau.

Abang Johari berkata ketua masyarakat termasuk penghulu, memainkan peranan penting dalam memastikan maklumat tepat disampaikan kepada rakyat, sekali gus menangkis penyebaran maklumat tidak benar di media sosial.

“Perubahan sedang berlaku dengan pantas. Oleh itu, pemimpin akar umbi perlu memahami dasar kerajaan dan menyampaikannya dengan jelas, supaya rakyat tidak terpengaruh dengan maklumat tidak tepat,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam memperluas pembangunan infrastruktur, termasuk projek jaringan jalan raya menghubungkan Miri dengan kawasan pedalaman seperti Marudi, Long Lama dan kawasan sekitarnya.

“Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, jaringan jalan raya ini dijangka siap dan akan membuka kawasan pedalaman serta meningkatkan akses kepada bekalan air dan elektrik,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Sarawak terus memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga boleh baharu dan transformasi digital, bagi meletakkan negeri itu sebagai ekonomi berdaya saing dan mampan di rantau ini.

Beliau turut mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam bidang pendidikan, termasuk menyediakan pendidikan tinggi percuma di institusi terpilih untuk anak Sarawak, sejajar dengan keperluan industri masa depan seperti semikonduktor dan teknologi hijau.

Mengulas mengenai perpaduan, beliau menegaskan kekuatan Sarawak terletak pada kepelbagaian kaum serta keupayaan membangunkan negeri mengikut acuan sendiri.

 
Back
Top
Log in Register