BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prabakaran dilantik Pengerusi Mitra

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,280
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,280
Reaction score
5,428
Points
486
prabakaran_1707295597.jpg


Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan Prabakaran adalah bagi menggantikan Datuk R. Ramanan yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pelantikan ini dapat memastikan MITRA terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dalam mengangkat darjat dan sosioekonomi masyarakat India," menurut kenyataan itu hari ini.

MITRA pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) yang ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula sebagai MITRA pada 2018.

Unit berkenaan diletakkan di bawah seliaan Kementerian Perpaduan Negara.

 
Back
Top
Log in Register