dyla shahri
CG Top Poster Club

- Messages
- 22,918
- Joined
- Dec 2, 2009
- Messages
- 22,918
- Reaction score
- 1,040
- Points
- 191
Zurina bersama anaknya menunjukkan wang yang dimenangi hasil menyertai PR1M.
KUALA NERANG - “Soalan yang mudah tanpa slogan antara faktor saya tak putus asa hantar borang. Saya yakin satu hari nanti akan berjaya juga,” demikian kata surirumah, Zurina Md Ludin, 35, dari Kampung Perik, Mukim Kurong Hitam, di sini, yang memenangi wang tunai RM1,000 melalui Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M).
Menurut Zurina, dia mula hantar penyertaan sejak Julai tahun lalu dan kejayaan ramai orang membakar semangatnya untuk mencuba nasib.
“Disebabkan terlalu minat sertai PR1M, saya sanggup pergi ke pejabat pos dengan menaiki kereta sejauh 50 kilometer berulang-alik semata-mata nak beli sampul pos laju.
“Mula-mula saya macam tak percaya, tapi bila diyakinkan wartawan Sinar Harian, saya bersyukur sangat,” kata ibu anak tiga itu.
Katanya lagi, kejayaan itu akan dikongsi bersama suaminya, Asri Nayan, 43, kerana dialah yang membeli Sinar Harian setiap hari.
“Lagipun suami jadi tempat saya rujuk jika tak dapat jawab satu-satu soalan.
“Wang RM1,000 ini akan kami simpan sebagai persiapan hari raya. Alhamdulillah dapatlah saya ringankan beban suami yang bekerja sebagai penoreh getah,” katanya.