mynes
Active Member
- Messages
- 1,604
- Joined
- Dec 22, 2008
- Messages
- 1,604
- Reaction score
- 88
- Points
- 30
Pakatan Rakyat telah mempersoalkan status peguam calon Barisan Nasional untuk Permatang Pasir, Rohaizat Othman sebagai isu. Mereka menuduh Rohaizat telah melakukan pecah amanah berdasarkan aduan yang dibuat oleh seorang bernama Haji Che Ani.
Rohaizat telah menjelaskan perkara ini dan pihak yang membuat aduan telah memberi surat bertarikh Mac 28hb, 2008 memberitahu perkara ini sudah selesai. Maka tuduhan itu tidak releven lagi dan butiran sebenar berkenaan isu ini tidak diketahui umum. Ia sepatutnya sudah selesai dan tidak menjadi isu.
Persekongkolan Majlis Peguam
Sesuatu yang menjadi hairan kepada kami adalah kesegeraan pihak Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan akhbar segera semalam.
Hairan melihat Majlis Peguam yang sering kali amat birokratik dan lambat dalam tindakan boleh begitu segera mengeluarkan kenyataan sehari selepas hari pencalunan.
Tujuan dan kesegeraan kenyataan Majlis Peguam begitu jelas adalah untuk membantu kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Isu ini baru ditimbulkan pada hari penamaan calun dan ia bukan satu kebetulan untuk kenyataan Majlis Peguam dikeluarkan sehari kemudiannya. Ianya tidak memerlukan kesegeraan sedemikian.
Pasti pihak Majlis Peguam akan menafikan dan mengatakan mereka bersikap profesyenal dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Jika demikian, Majlis Peguam tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang akan digunakan sebagai bahan kempen politik. Ini hanya menunjukkan Majlis Peguam sebagai cenderung memihak kepada satu pihak.
Putarbelit Majlis Peguam
Kenyataan Majlis Peguam adalah berikut:
In response to inquiries from the media, we wish to clarify Rohaizat Othman’s status as an advocate and solicitor.
The Advocates and Solicitors Disciplinary Board struck Rohaizat Othman off the Roll of Advocates and Solicitors on 7 March 2008 after he was found guilty of misconduct. The Disciplinary Board’s decision arose from an investigation into the complaint lodged against Rohaizat Othman by the purchaser of a piece of real property. According to the complaint, Rohaizat Othman failed to refund almost RM 161,000 to the complainant after the transaction was aborted.
Rohaizat Othman appealed against the decision of the Disciplinary Board to the High Court, and the appeal was dismissed on 12 August 2009. He is therefore legally disqualified from practising as an advocate and solicitor.
The finding of misconduct is personal to Rohaizat Othman, as the Disciplinary Board would not hold a lawyer liable for the actions of his/her law partner(s).
George Varughese
Secretary
Malaysian Bar
18 August 2009
Pada perenggan akhir, kecenderongan Majlis Peguam begitu jelas hingga sanggup berbohong dan mengeluarkan kenyataan yang salah. Masaalah yang dihadapi oleh Rohaizat adalah disebabkan oleh rakankongsi beliau tetapi sebagai rakan kongsi, beliau terbabit.
Rohaizat Tidak Terlibat Transaksi Rakan Kongsi Dan Koperasi
BUKIT MERTAJAM, 18 Ogos (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.
Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata, sebaliknya Rohaizat, yang menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan, terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya.
Katanya, pada tahun 2002, koperasi berkenaan telah melantik Firma Saif Ariff T.Jayaraj & Rohaizat untuk mewakili mereka dalam pembelian hartanah di Pulau Pinang.
Katanya, wang pembelian telah diserahkan koperasi itu kepada firma berkenaan, bagaimanapun transaksi tersebut terpaksa dibatalkan.
"Pada semua masa berkenaan, urusan jual beli untuk koperasi dikendalikan oleh bekas rakan kongsi Rohaizat yang berkhidmat dalam firma itu dari tahun 1999 hingga 2003," katanya pada sidang akhbar di Pusat Operasi Jentera Barisan Nasional di sini, malam Selasa.
Katanya, wang yang dibayar oleh Koperasi diterima secara eksklusif oleh rakan kongsi itu, yang mengendalikan akaun pelanggan tersebut pada setiap masa.
"Rakan Rohaizat itu merupakan penandatangan yang dibenarkan untuk akaun itu dan Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu," kata beliau.
Ahmad berkata, sewaktu Koperasi membuat aduan kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam, rakan kongsi Rohaizat telah meninggalkan firma itu sehingga menyebabkan Rohaizat dinamakan dalam aduan tersebut dan telah jadi mangsa keadaan.
Beliau berkata, Rohaizat menghadiri bicara kali pertama Lembaga Tatatertib itu pada 11 Sept 2007 dan pada hari itu, lembaga hanya menyoal wakil koperasi sahaja.
Katanya, perbicaraan itu ditangguhkan kepada 14 Sept untuk membolehkan Rohaizat menyoal balas wakil koperasi dan juga peluang untuk beliau memberi penjelasan.
Bagaimanapun, pada hari itu Rohaizat tidak hadir kerana cuti sakit dan salinan surat cuti sakit tersebut telah dikemukakan kepada lembaga berkenaan, katanya.
Selepas tarikh itu Rohaizat tidak menerima sebarang notis daripada Lembaga Tatatertib tersebut sehinggalah pada 14 Mac 2008, beliau menerima sepucuk surat daripada lembaga berkenaan dengan satu perintah menyatakan bahawa beliau telah dibatalkan daripada Daftar Peguambela dan Peguamcara.
Ahmad berkata, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi dan berikutan itu, Koperasi telah menulis surat kepada lembaga tersebut pada 28 Mac 2008 untuk menarik balik kesemua aduan terhadap Rohaizat kerana segala tuntutan mereka telah diselesaikan.
Menurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai wira.
Sehubungan itu, katanya, dakwaan pihak tertentu bahawa Rohaizat tidak bermoral dan tidak layak bertanding adalah tidak benar dan berharap penjelasan ini dapat menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada calon BN itu.
Sidang media itu turut dihadiri penasihat undang-undang Umno Pulau Pinang, Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, Rohaizat, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan wakil koperasi.
Perenggan terakhir juga menunjukan Majlis Peguam telah pre-empt (tindakan mendahului) sebab musabab yang diterangkan oleh Rohaizat. Hanya seorang yang rapat dengan Majlis Peguam yang boleh mendapatkan mereka membuat kenyataan sedemikian.
Jari Jemari Peguam “Murtad”
Difahamkan usaha meminta Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan ini dilakukan oleh seorang peguam pro-Murtad dan pembela ajaran sesat bernama Harris Ibrahim. Harris adalah seorang aktivis dan blogger pro-PR yang aktif dalam Majlis Peguam.
Peguam ini begitu gigih menentang establishment ugama Islam yang diamalkan di negara ini. Dia terlibat dalam banyak kes-kes antara ugama, penentang mahkamah syariah dan aktivis penentang establishment dan amalan ugama Islam di negara ini. Pendirian dan kata-katanya boleh dianggap sebagai seorang yang sudah “menghampiri murtad”.
Kini Harris menyokong PAS, satu parti yang beliau sendiri tentang. Beliau amat aktif disetiap pilihanraya kecil dan isu ini adalah hasil inisiatifnya. Memang beliau amat rapat dan aktif dengan Majlis Peguam. Maka tidak menghairankan beliau dapat meminta Majlis Peguam membuat kenyataan segera.
Jangan sekali-kali percaya dan mendengar kata-kata dan gerak laku orang fasik yang menentang Islam!!!
LINK >>>>>>
=============================================================
makin terdesak dah pakatan haram nie. makin lama, makin kantoi je agenda2 busuk depa nie.
Last edited:
