BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Potong Tak Lepas !

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
29.05.2019 - Teluk Intan, Lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung sebuah lori dan merempuh kereta lain dalam kemalangan di Jalan Transperak, dekat Changkat Lada, di Kampung Gajah, hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa, pemandu Toyota Vios, Tan Boon Kiat, 28, yang beralamat di Changkat Jong, Teluk Intan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan bahagian kepala.

Dua lagi pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, berkata kemalangan itu membabitkan kereta Toyota Vios, Perodua Myvi dan lori jenis Hino.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa kedua-dua kereta berkenaan dalam perjalanan menuju Kampung Gajah dari arah Jejawi, manakala lori pula dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, Toyota Vios berkenaan dikatakan cuba memotong Perodua Myvi tetapi tidak sempat masuk ke laluannya semula lalu bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu kereta berkenaan berpusing lalu langgar melanggar kereta Myvi,” katanya ketika dihubungi di Kampung Gajah, hari ini.

Mohammad Zainal berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

rem_1559114067.jpg


61163489-1292806707537977-8172398014879498240-n.jpg


61166224-1292805924204722-4901074652769550336-n.jpg


61703385-1292806620871319-5094385581664763904-n.jpg


61767873-1292806047538043-7438361539620372480-n.jpg


61928108-1292806140871367-901171146148282368-n.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/460606/kes-potong-tak-lepas
 

Last edited:
Kalau x silap....jln nie straight...kadang2 balik Kg lalu gak kot jln nie
 
Last edited:
Kalau x silap....jln nie straight...kadang2 balik Kg lalu gak kot jln nie

kalau jalan lurus,
kalau salah satu kereta mengalah tak tunjuk ego, takde mati, takde la kereta beraya masuk wokshop..
 
dah mati menyusahkan orang
 
kalau jalan lurus,
kalau salah satu kereta mengalah tak tunjuk ego, takde mati, takde la kereta beraya masuk wokshop..

Betul..kalau Myvi tu bg laluan, Vios tu sempat jer masuk balik lorong

Tapi tulah..bukan calang kereta yang dia nak potong tu..

Myvighini kot..
 
Masa vios tu memotong tapi myvi tu tak slow down apa salahnya slowkan balik kete masuk belakang balik.

Dan kalau myvi tu dah nampak vios tu memotong kenapa tak slowkan kereta bagi vios tu masuk ke depan.

Jadi kesimpulannya dua-dua ego tak nak beralah.
Apapun takziah kepada keluarga mangsa.
 
Back
Top
Log in Register