BTC USD 85,806.1 Gold USD 4,140.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Politik dan Islam

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
360
Points
131
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim,

“Adalah Bani Israel dahulu yang mengatur urusan mereka adalah nabi-nabi (tasusuhum al-anbiya’). Bila wafat seorang Nabi, maka diganti dengan Nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tidak akan ada lagi Nabi sesudahku tetapi akan ada Khulafa’ dan jumlahnya banyak. Para sahabat bertanya, ‘Lalu apa yang engkau perintahkan kepada kami?’ Nabi bersabda, ‘Penuhilah ba’iat yang pertama, yang pertama sahaja, berikanlah kepada mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa saja yang mereka urus/pelihara.”

Berkenaan lafaz tasusuhum al-anbiya’, Ibn Hajar al-‘Ashqalani berkata, “Dalam hal ini terdapat isyarat bahawa harus ada bagi rakyat, orang yang mengatur urusan mereka, membimbing mereka ke jalan yang baik, dan memberikan keadilan kepada orang yang dizalimi dari orang yang zalim.” [Fath al-Bari, VI/497]

Menurut Imam As-Suyuthi pula, tasusuhum bermaksud “yang menjalankan urusan mereka” [As-Suyuthi, ad-Dibaj, IV/456].

Dan menurut Imam an-Nawawi, tasusuhum bererti “yang menangani urusan mereka sebagaimana para amir dan wali menangani urusan rakyat.” [Imam an-Nawawi, Sahih Muslim bi Syarh an-Nawawi, XII/231-232].

1. Nabi Muhammad saw (dan Nabi-Nabi terdahulu) merupakan seorang ahli politik, berdasarkan definisi 'tasusu' yang dipetik daripada hadis tersebut.

2. Politik sebenarnya teramatlah meluas, cuma segelintir individu sahaja yang menyempitkan politik kepada pilihanraya demokrasi... Bahkan terdapat sebilangan parti politik Islam yang telah terikut-ikut dengan sepak-terajang politik demokrasi sehingga menjadi semakin jauh daripada matlamat asal penyertaan mereka ke dalam bidang politik demokrasi... Inilah yang menyedihkan...

3. Peranan politik yang sebenar berdasarkan komentar Ibn Hajar: mengatur urusan umat, membimbing mereka ke jalan yang baik, dan memberikan keadilan kepada orang yang dizalimi dari orang yang zalim.

4. Politik juga boleh didefinisikan sebagai "menjalankan urusan mereka (rakyat)" dan "menangani urusan mereka sebagaimana para amir dan wali menangani urusan rakyat".

5. Tidak dapat tidak, ini menunjukkan bahawa kekuasaan merupakan salah satu daripada tunjang dakwah. Oleh yang demikian, hendaklah ada di antara harakah Islam yang berusaha ke arah tersebut bagi menjamin penerapan Islam secara kaffah baik di peringkat individu, masyarakat, dan juga bernegara...

Wallahu'alam... kalau ada yang tersilap, tegurlah seadanya...
 
kene tanya abdullah ahmad badawi ni.. imam hadari..ni hehe
 
Berpolitik adalah satu seni, tidak mampu dikuasai oleh semua. Mereka yang bijak, tidak mesti pandai dalam memahami permainan politik, Mereka yang terlalu baik dan lurus, barangkali akan menjadi mangsa dalam kelicikan golongan yang rakus memonopoli setiap ruang yang ada bagi memastikan kelangsungan keberadaan mereka di pentas politik.

Politik nilai yang cuba dibawa oleh sebahagian pihak pasti akan memberi impak baru untuk rakyat terutama kumpulan yang mengimpikan politik yang 'ideal' dan keharmonian masyarakat sejagat. Setiap nilai murni yang dibawa oleh mana-mana parti sewajarnya disambut baik oleh setiap rakyat yang dahagakan perubahan.

Budaya memburukkan-burukkan pihak lawan, menyebar fitnah adalah antara 'senjata' yang digunapakai dalam dunia politik, budaya ini membawa kepada 'bad society' kerana secara tidak langsung melahirkan masyarakat yang terbiasa dengan fitnah dan berita palsu. Kita perlu jelas, tidak semua perkara perlu di'politik'kan. Hiduplah sebagai seorang 'manusia'!

Sebagai rakyat yang baik, tindak tanduk kita (yang tidak bergelumang dalam politik) tidak boleh terlalu terikut-ikut budaya buruk tersebut agar nilai mulia terus mampu subur mekar di bumi tercinta. Jangan dek taksub, kita seolah buta dengan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh politikus parti yang kita sokong, ini satu kezaliman. Jangan kerana tidak bersetuju dengan pihak lawan menjadi asbab untuk menghalalkan penyebaran berita palsu tentang mereka. Berlaku adil lah!

Belajar, Faham, dan terus menyokong segala usaha baik daripada Kerajaan mahupun Pembangkang, ini prinsip rakyat yang ingin melihat Malaysia kembali gemilang!

"A nation's culture resides in the hearts and in the soul of its people". -Mahatma Gandhi-

Berdoa lah untuk Malaysia dan seluruh isinya agar ke arah yang lebih maju, berdaya saing dan harmoni 🇲🇾

#Malaysia

 
Back
Top
Log in Register