BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah

Polis Tumpas Makmal Mini Dadah Di Sungai Petani

Sebuah rumah di kawasan perumahan dekat sini yang disyaki dijadikan makmal mini bagi memproses dadah diserbu polis Khamis lalu, manakala dadah berjumlah lebih RM1 juta, dirampas.

Polis serbu makmal mini, rampas RM1 juta dadah

Oleh OTHMAN YAHAYA
4 September 2021, 6:15 pm

SUNGAI PETANI – Polis Kedah membongkar sebuah makmal mini memproses dadah dan merampas 122 bungkusan plastik lut sinar mengandungi 54.8 kilogram (kg) dadah jenis heroin selepas menyerbu sebuah rumah di Cinta Sayang Resort di sini pada Khamis lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8.15 malam itu, polis turut merampas enam bungkusan berisi syabu seberat 6.3 kg serta satu plastik mengandungi heroin base seberat 375.1 gram selain peralatan disyaki digunakan untuk memproses dadah.

Terdahulu, polis pada hari sama melakukan serbuan di dua lokasi berasingan di Taman Sultan Abdul Halim dan Taman Pulasan Alor Mengkudu di Alor Setar dekat sini serta merampas kira-kira 6 kg heroin dan syabu.

Kesemua rampasan dadah sebanyak 67 kg itu dianggarkan bernilai RM1 juta dan sekiranya bahan itu terlepas, ia boleh digunakan oleh 300,000 penagih dadah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, serbuan dilakukan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri berkaitan kegiatan memproses dan mengedar dadah jenis heroin dan syabu didalangi dua lelaki tempatan.

Katanya, sindiket tersebut yang menjadikan sebuah rumah di Cinta Sayang Resort sebagai makmal memproses dadah sintetik untuk pasaran negeri ini itu dipercayai telah beroperasi sejak tiga bulan lalu. – K! ONLINE
 
Biasa freelancer drug dealer dan ikan kecil ni yg kena raid. Ye la, bos besar mana suka saingan. Mesti nak control kawasan.

Narcos ni bukan sekadar drama, memang benda betul pun terjadi..

Bila benda yg obvious mcm dadah dan pelacuran tak dpt banteras, percaya la ada sistem rosak kat penguatkuasaan.
 
Klo kena dakwa pun pusing2 memiliki. Xkan die nak telan sorg sekilo tu. Bohong betol
 
JENAYAH | Sindiket Proses, Edar Dadah Tumpas

Gaya hidup mewah seorang penjual gas akhirnya membongkar makmal memproses dadah dikendalikan suspek di sebuah pangsapuri di Bukit Tambun, Pulau Pinang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, polis menahan tujuh suspek termasuk dalang sindiket berusia 34 tahun dalam beberapa siri serbuan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Fuhh..ade makmal proses lg.. mmg 39b la ni..
 
Back
Top
Log in Register