TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata kegiatan samun didalangi geng itu mula dikenal pasti polis Negeri Sembilan selepas mereka dipercayai terbabit dalam kes samun pengurup wang di Port Dickson dekat sini, baru-baru ini.
Katanya, menerusi risikan dan operasi dilaksanakan, polis berjaya mengenal pasti seramai 27 ahli geng berusia antara 18 hingga 60 tahun diketuai seorang individu dengan nama panggilan Kabali.
“Geng ini dipercayai aktif melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata mensasarkan mangsa di rumah dan pengurup wang sejak 2017 bermula jam 8 malam hingga 5.30 pagi.
“Mereka dipercayai terbabit dalam 50 kes samun berkumpulan bersenjata di Selangor dan Kuala Lumpur serta lebih 15 kes dikesan di Negeri Sembilan.
“Sepanjang 2019 sahaja, mereka dipercayai melakukan 23 kes jenayah samun dengan anggaran kerugian hampir RM1 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Huzir berkata, siasatan mendapati ahli geng Kabali kebanyakannya mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah dipenjarakan atas kesalahan samun, dadah serta kes bunuh.
“Siasatan mendapati, mereka juga terdiri daripada kumpulan jenayah berasingan sebelum berkenalan ketika menjalani tempoh penjara sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, dalam usaha mengesan kegiatan ahli geng ini, pihak polis melancarkan Ops Kelawar bermula 27 November hingga 23 Disember lalu secara bersepadu membabitkan pihak JSJ Bukit Aman, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
“Seramai 19 ahli geng berjaya ditahan dan pihak polis masih meneruskan usaha untuk mengesan lapan suspek yang masih bebas.
“Daripada lapan suspek ini, kita sudah kenal pasti enam daripadanya termasuk seorang perancang utama yang dikenali dengan nama panggilan Vicky,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan sudah mendapat keputusan untuk mendakwa semua 19 suspek yang ditahan di mahkamah Seremban, esok.
“Mereka akan didakwa di bawah Bab VIB Seksyen 130V Kanun Keseksaan dengan mengguna pakai prosedur siasatan dan pendakwaan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
“Polis juga akan mengambil tindakan ke atas harta dan kewangan ahli kumpulan ini menerusi pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram (AMLA), Urusetia Ketua Polis Negara Bukit Aman,” katanya.
Polis tumpaskan 'Geng Kabali'
SEREMBAN: Polis berjaya menumpaskan geng Kabali yang dipercayai terbabit dalam 65 kes samun di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan selepas menahan 19 ahli geng itu menerusi Ops Kelawar yang dilaksanakan sepanjang November hingga Disember lalu.