BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis tipu warga asing

Mad_Hatter

Banned
gem
Messages
13,609
Joined
Apr 12, 2011
Messages
13,609
Reaction score
2,481
Points
261
image.jpg

AYER KEROH - Seorang polis wanita berpangkat Lans Koperal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menipu pasangan warga Indonesia berstatus penduduk tetap (PR), Mac lalu.

Tertuduh, Maimunah Isnin, 40, dari Kuala Sungai Baru, Alor Gajah dijatuhi hukuman itu selepas mengangguk faham dan mengaku bersalah pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Amran Jantan.

Berdasarkan pertuduhan, Maimunah didapati menipu pasangan Safii Idris, 47, dan isterinya dengan berjanji membantu menukarkan taraf pemastautin tetap kepada warganegara hingga mendorong menyerahkan wang RM1,500.

Maimunah yang melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Taman Seri Bayu, Alor Gajah kira-kira 12 tengah hari pada 17 Mac lalu didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Maimunah yang mengakui menipu kerana menghadapi masalah kewangan berikutan terpaksa menanggung keluarga termasuk seorang saudara kurang upaya (OKU).

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammed Heikal Ismail yang mengendalikan kes meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang sudah berkhidmat sebagai anggota polis selama 18 tahun.

Selepas meneliti fakta kes serta mendengar rayuan dan hujah kedua-dua belah pihak, Amran menjatuhkan hukuman denda RM2,500 terhadap tertuduh atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Menurut fakta kes, pada 1 Mac lalu, Maimunah datang ke rumah mangsa memaklumkan mengenai jawatan polis yang dibuka untuk dimohon sebelum mangsa memberitahu anak keduanya berminat menyertai polis.

Mereka menetapkan pertemuan untuk berbincang lanjut, selain mengarahkan mangsa menyediakan dokumen dia dan anaknya sebelum beberapa hari kemudian Maimunah menghubungi mangsa mengatakan permohonan tidak boleh dilakukan berikutan mangsa berstatus PR.

Mangsa kemudian memaklumkan rakannya dikenali sebagai Hamzah mengenai tawaran bantuan daripada Maimunah untuk menukar status PR kepada warganegara dengan syarat bayaran RM1,500, namun Hamzah mengesyaki tertuduh menipu kerana kakitangan kerajaan
tidak boleh meminta wang bagi tujuan tertentu.

Pada 13 Mac lalu, mangsa membuat laporan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum operasi perangkap dirancang untuk menahan Maimunah sebaik sahaja menerima wang berkenaan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tipu-warga-asing-1.309553
 
orang mcm ni merosakkan polis sendiri dan menyebabkan masyarakat bertambah kurang senang dengan gejala ini yang ada di dalam.
 
Sungguh sampah...

Alang2 ko kena buang keja mintak sejuta terus...mintak 1.5k gadai daulat negara...murah btol

Apeke bo.do sgt...
 
pangkat lans koperal je tpi menipu mcm pangkat beso sgt
 
baru pangkat mcm to dah berani nak tipu2 ..
 
malulah weyh...kalo terdesak sgt pown banyak lagi jalan lain...
 
keh keh polis eak,

puasa lalu ada angota sebat duit budak indon area sungey wey.

alasan xde xde permit. budak-budak indon apa tahu , takut terus bayar .

srg rm200 kalu kena pegang.

kaya polisi ni.
 
Back
Top
Log in Register