BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis tembak remaja letak jawatan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_06.1.jpg

AFP - DUA lelaki berdepan dengan anggota polis yang mengawal tunjuk perasaan di St. Louis, Missouri, kelmarin. (gambar kecil) kiri Brown, kanan Darren Wilson

FERGUSON – Anggota polis berkulit putih yang menembak mati seorang remaja kulit hitam yang tidak bersenjata di Missouri pada Ogos lalu mengambil keputusan meletak jawatan daripada pasukan polis, kata Datuk Bandar St.Louis.

Anggota polis itu, Darren Wilson yang mengumumkan peletakan jawatan pada Sabtu lalu berkata, keputusan itu kerana dia takut dengan keselamatannya dan anggota polis yang lain selepas juri memutuskan untuk tidak mendakwanya kerana membunuh remaja berusia 18 tahun itu, Michael Brown.

“Tiada sebarang pembayaran pencen atau faedah lain untuk Wilson ekoran peletakan jawatannya,” kata Datuk Bandar St. Louis, James Knowles pada sidang akhbar.

Bantahan yang berlaku sejak beberapa bulan bertukar menjadi ganas di Ferguson selepas juri mengambil keputusan untuk tidak mendakwa Wilson pada Isnin lalu.

Malah, bantahan itu telah merebak di lebih 100 bandar selain tindakan menghalang laluan sebuah lebuh raya di Washington serta membakar bangunan.

Wilson berkata, apa yang dilakukan sebelum ini adalah tindakan mempertahankan diri dan telah dihukum dengan digantung tugas selain diri*nya yang dipencilkan sejak kejadian berkenaan.

Knowles pula menjelaskan bahawa dia tidak mengarahkan Wilson meletak jawatan sebaliknya tindakan itu adalah kerelaan*nya sendiri.

“Tumpuan saya kini ialah memulihkan semula kepercayaan orang ramai terhadap pasukan polis kerana kejadian ber*kenaan telah mewujudkan ketegangan antara kaum di Ferguson dan bandar-bandar lain,” katanya.

– Reuters
 
Back
Top
Log in Register