BTC USD 81,707.5 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis tangkap lelaki curi aircond

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,715
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,715
Reaction score
1,682
Points
201


Padah ceroboh rumah, curi penyaman udara

Johor Bahru: Tindakan seorang lelaki menceroboh sebuah rumah di Taman Nesa, Skudai dekat sini, dan mencuri penyaman udara mengundang padah apabila ditahan polis sehari selepas kejadian.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 20 saat mengenai kejadian itu turut tular di media sosial.

Dalam rakaman CCTV itu, lelaki itu beberapa kali dilihat menghentak pagar sehingga terbuka, sebelum mengambil penyaman udara kemudian kembali lagi mengambil unit luar penyaman udara itu pula.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita warga asing berusia 40 tahun, pada 12.18 tengah hari kelmarin berhubung kejadian itu.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Johor Bahru Utara menahan lelaki tempatan berusia 32 tahun pada 2.30 petang semalam.

"Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah. Bagaimanapun, hasil ujian air kencing mendapati dia negatif dadah," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 31 Disember untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register