BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Lelaki, Rampas Air Dan Daun Ketum Bernilai RM27,500

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Tahan Lelaki, Rampas Air Dan Daun Ketum Bernilai RM27,500​

18a6c8c6977d94a25abd795f03b3c02e6a143fbca9940

-- Gambar hiasan

Polis menahan seorang lelaki dan merampas 402.3 liter air ketum serta 270 kilogram daun ketum, bernilai RM27,500 dalam satu serbuan di sebuah garaj di Tanah Putih, Kuantan pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata suspek berumur 38 tahun itu ditahan pada 8.10 malam, dan hasil semakan awal mendapati lelaki terbabit mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

“Saringan ujian air kencing suspek didapati negatif dadah dan dia kini direman empat hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ashari berkata pihaknya terus komited dalam usaha membanteras dadah dan bahan terlarang demi melindungi generasi masa kini dan akan datang.

 
Back
Top
Log in Register