BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Serbu 22 Premis, Rampas 1,447 Peranti Vape Di Kelantan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Polis Serbu 22 Premis, Rampas 1,447 Peranti Vape Di Kelantan​

f79148f32f07e463bb930316c7f506bc6a6a1eaad0c6f

--kredit FB Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam

Polis menyerbu 22 premis menjual rokok elektronik atau vape di Kelantan dalam operasi khas selama dua hari yang turut membawa kepada rampasan 1,447 peranti dan 267.4 liter cecair tidak mengandungi dadah dianggarkan bernilai RM96,475.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata operasi bersepadu menerusi Ops Vape itu dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Kelantan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 27 dan 28 Julai lepas.

Beliau berkata operasi itu memfokuskan kepada usaha mengesan dan memeriksa premis yang menjual vape serta menahan individu yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penjualan vape mengandungi dadah.

“Sepanjang operasi dijalankan, polis turut menahan seorang wanita di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Tindakan saman dan kompaun turut diambil oleh KKM dan PBT mengikut bidang kuasa masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusoff berkata JSJN Kelantan akan terus mempergiat risikan, pemantauan serta operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa berkaitan bagi membanteras pengedaran vape yang mengandungi bahan terlarang.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, sambil menyeru ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan memantau tingkah laku anak-anak serta tidak memandang ringan ancaman penyalahgunaan vape yang semakin menular.

 
Back
Top
Log in Register