BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Selesaikan 20 Kes Curi Lembu, 10 Suspek Diberkas

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Polis Selesaikan 20 Kes Curi Lembu, 10 Suspek Diberkas​

2363aee3561731643317615e1b6dac676819a6562ad46


Polis menumpaskan kumpulan dipercayai aktif mencuri lembu di negeri ini susulan operasi dilaksanakan dari 17 Jun hingga 5 Ogos lepas yang membawa kepada penahanan 10 individu dalam serbuan di Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Terengganu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata operasi itu dijalankan sepasukan empat pegawai serta 15 anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita berusia antara 23 hingga 71 tahun.

“Polis turut merampas 32 ekor lembu, lapan telefon bimbit, satu beg plastik berwarna merah yang mengandungi sebotol cecair bertulis Illium Xylazil-100 bersama satu alat picagari, sebuah Toyota Hilux dan sebuah Perodua Kancil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusoff berkata semakan rekod lampau mendapati kesemua suspek mempunyai 55 rekod jenayah dan 24 rekod berkaitan dadah, manakala ujian saringan awal air kencing terhadap seorang suspek lelaki didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata kejayaan itu membolehkan polis menyelesaikan 20 kes curi lembu yang berlaku di Kelantan membabitkan kerugian kira-kira RM96,000.

Mohd Yusoff berkata kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan bagi proses dokumentasi dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Polis masih meneruskan siasatan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register