BTC USD 76,366.4 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Rampas Mercun, Bunga Api Lebih RM3 Juta Di Kota Bharu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
90c914464b1d606e11d9c1c08641eba36989cd4998f9d

Kredit: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara

Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 1,031 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai hampir RM3.09 juta dalam serbuan di sebuah stor dekat Kampung Pasir Tumboh, di sini baru-baru ini.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan menerusi Ops Taring Wawasan itu dijalankan pada 12.10 tengah malam, 4 Feb oleh anggota Risik Batalion 7 PGA Kuantan dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Dadah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

"Hasil pemeriksaan menemukan kesemua mercun dan bunga api yang disimpan tanpa sebarang dokumen sah, selain turut merampas sebuah telefon bimbit bernilai kira-kira RM2,000.

"Empat lelaki tempatan berusia 20 hingga 24 tahun yang berada di premis tersebut ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1952," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati bekalan mercun tersebut dipercayai diperoleh daripada sebuah syarikat pembekal di Masjid Tanah, Melaka dan dibawa ke stor berkenaan secara berperingkat bulan lepas sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Radzi berkata pihaknya merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson model 3914 berisi lapan butir peluru hidup, hasil penahanan tiga lelaki di tepi Jalan Pengkalan Kubor, Tumpat pada 6 Feb lepas.

Beliau berkata tangkapan dibuat kira-kira 8.30 malam oleh sepasukan anggota Batalion 7 PGA bersama Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tumpat.

"Sebelum tangkapan dilakukan, anggota bertugas mengesan sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dan sebuah motosikal Modenas Kriss diparkir dalam keadaan mencurigakan di bahu jalan berhampiran sebuah kedai karpet dekat Pengkalan Kubor.

"Pemeriksaan awal mendapati tiga lelaki berusia 25, 26 dan 33 tahun berada di lokasi tersebut dan seorang daripada suspek cuba melarikan diri menaiki motosikal namun terjatuh ke dalam longkang berhampiran sebelum berjaya ditahan," katanya.

 
Back
Top
Log in Register