BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Rampas Arak Tidak Bercukai Bernilai Lebih RM900,000 Di Pekan Nenas

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
d235c97f4f36bfef82e120906324783f69d5c148905ce

ac6529a0599a518b3767f2896dea2cc369d5c16422de4

Kredit: Pasukan Gerakan Am (PGA)

Polis menahan tiga lelaki warga asing dan merampas pelbagai jenis arak tidak bercukai bernilai kira-kira RM952,000 dalam satu serbuan di Taman Utama Pekan Nenas di sini, Sabtu lepas.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Supt Salehin Sulaiman berkata serbuan kira-kira 12 tengah hari itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota PGA menerusi Operasi Taring Alpha 2.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis yang disyaki dijadikan stor penyimpanan itu membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 24 hingga 33 tahun.

“Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Proton Exora berwarna coklat serta sejumlah besar arak pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata antara barangan dirampas termasuk ratusan kotak arak pelbagai jenama dan saiz.

Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan premis tersebut sebagai tempat penyimpanan sebelum diedarkan ke pasaran sekitar daerah Pontian mengikut pesanan.

 
Back
Top
Log in Register