BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Rampas 41 Mesin Disyaki Untuk Melombong Bitcoin Di Teluk Intan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
1ea2fc054222c66ec3f1ed185535393269622b3b9ecc8

fb Polis Daerah Hilir Perak

Polis merampas 41 unit mesin disyaki digunakan bagi kegiatan melombong bitcoin secara haram, dalam tiga serbuan secara berasingan di sekitar Teluk Intan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata serbuan pertama dijalankan malam tadi, melibatkan rampasan sebanyak 24 unit mesin disyaki digunakan bagi kegiatan melombong bitcoin.

Beliau berkata dua lagi serbuan pada awal pagi tadi pula, membawa kepada rampasan sembilan unit mesin dan lapan unit mesin yang dipercayai digunakan bagi tujuan sama.

“Kesemua rampasan dipercayai berkait dengan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990, melibatkan kerosakan serta penyalahgunaan bekalan elektrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Bakri berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu atau sindiket yang terlibat.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti melombong mata wang kripto secara haram, kerana perbuatan itu merupakan satu kesalahan undang-undang serta boleh mendatangkan risiko keselamatan dan kerugian harta benda.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register