BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Pantau Pengasas Produk Pamer Kekayaan, Kesan Unsur Pengubahan Wang Haram

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,699
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,699
Reaction score
97
Points
80

Polis Pantau Pengasas Produk Pamer Kekayaan, Kesan Unsur Pengubahan Wang Haram​

82b56ba9b2a1c81d49197148ba9b163f6a2f82b2845f2

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan jualan dalam talian yang mempamerkan kekayaan luar biasa di media sosial bagi mengesan sebarang unsur pengubahan wang haram.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata walaupun aktiviti jualan golongan itu tidak dikesan melibatkan unsur penipuan, tindakan mempamerkan gaya hidup mewah termasuk wang tunai dalam siaran langsung di media sosial menarik perhatian pihak polis.

Beliau berkata pemantauan itu dibuat dari aspek kemungkinan berlakunya aktiviti pengubahan wang haram.

“Mereka kini berada dalam radar kami. Kita pantau dari segi pengubahan wang haram. Kalau ada kesalahan, kita akan ambil tindakan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata individu yang disiasat perlu mengemukakan dokumen sokongan termasuk resit dan rekod transaksi bagi menjelaskan sumber kewangan mereka.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata tindakan mempamerkan kekayaan secara berlebihan di media sosial lazimnya bertujuan menarik perhatian orang ramai terhadap produk yang dijual.

“Orang nampak kaya, nampak duit berkepuk-kepuk, jadi mereka fikir produk itu laris dan boleh membawa keuntungan besar,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sindiket penipuan atau scammer dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa meningkatkan pengetahuan mengenai modus operandi scammer, mengelakkan menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali serta menggunakan platform jual beli yang sah dan dipercayai.

 
Back
Top
Log in Register