BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abot Wat Phutthaisawan Ditahan Disyaki Penyelewengan Dana 92 Juta Baht Dan Pengubahan Wang Haram

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Abot Wat Phutthaisawan Ditahan Disyaki Penyelewengan Dana 92 Juta Baht Dan Pengubahan Wang Haram

BANGKOK – Pihak Polis Diraja Thailand menahan abot Wat Phutthaisawan di Ayutthaya, Luang Por Chot atau Phra Wachirayan (Ati Choti Dhammavaro), 66, atas tuduhan memalsukan resit sumbangan serta menyeleweng dana kuil bernilai lebih 92 juta baht, semalam.

Siasatan pihak berkuasa mendapati lebih 20 resit sumbangan telah dikeluarkan secara tidak sah atas nama premis keagamaan terbabit sepanjang tempoh dua tahun lalu bagi tujuan penyelewengan.

Wang berkenaan kemudian dipindahkan ke akaun seorang wanita tempatan yang disyaki mempunyai hubungan sulit dengan suspek sebelum disembunyikan di bawah akaun penama pihak ketiga.

Tindakan susulan polis turut menyaksikan penahanan wanita berkenaan selepas analisis akaun mengesan transaksi kewangan meragukan berjumlah puluhan juta baht setiap tahun.

“Pemeriksaan rekod rakaman keselamatan di kediaman sami mengesan salahlaku moral dan perlakuan tidak beretika membabitkan sami dan wanita terbabit.

“Tindakan lanjut bagi pembekuan aset serta bukti fizikal sedang dijalankan dan suspek dituduh mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Salah Guna Kuasa,”

Pihak polis kini menyekat akaun terbabit dan melengkapkan kertas siasatan sebelum kes diserahkan kepada pihak pendakwa raya bagi tindakan mahkamah.


14312752069228629-424284.jpg

14312752069228629-424285.jpg

14312752069228629-424286.jpg

14312752065502429-424274.jpg

14312752065502429-424275.jpg

14312752065502429-424276.jpg

14312752065502429-424277.jpg

14312752065502429-424278.jpg

14312752065502429-424279.jpg

14312752065502429-424280.jpg

14312752065502429-424281.jpg

14312752065502429-424282.jpg

14312752065502429-424283.jpg
 
Last edited by a moderator:
Back
Top
Log in Register