BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Marin rokok dan bedak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,249
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,249
Reaction score
1,660
Points
201
FB_IMG_1627170069192.jpg
FB_IMG_1627170071258.jpg
FB_IMG_1627170075573.jpg
FB_IMG_1627170077650.jpg

POLIS MARIN RAMPAS ROKOK DAN BEDAK

KLANG - Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang Selangor telah merampas rokok dan bedak di sebuah gudang di Taman Klang Jaya, Klang, Selangor.

Pada jam 10.45 pagi pasukan serbuan PPM Pelabuhan Klang telah menjalankan tugas Ops Kontraband dan telah menerima satu maklumat sebuah gudang yang mencurigakan.

Pasukan serbuan telah pergi ke lokasi gudang tersebut namun tiada sesiapa di dalam gudang tersebut dan dipercayai kesemua pekerja telah melarikan diri dari gudang tersebut.

Komander PPM DCP Haji Yusoff Bin Mamat berkata, semasa permerikasaan dijalankan ke atas gudang tersebut mendapati terdapat sebuah kontena yang berisi rokok yang tidak bercukai serta kotak yang berisi bedak yang dipercayai tidak mempuyai kelulusan di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Mohd Yusoff berkata, kesemua nilai rampasan berjumlah RM 9 juta dan kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia serta Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Selangor untuk tindakan lanjut.
 
Something fishy.......contraband dlm kontena

Banyak drama
 
Ocean network express. Die punya kapal pun pink
 
PENYELUDUPAN | Rokok & Bedak Bernilai RM9 Juta Dirampas

263,900 karton rokok tanpa cukai serta 249,624 botol bedak dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Klang, Selangor.

Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, rampasan bernilai RM9.3 juta itu dilakukan menerusi Op Kontraban.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Back
Top
Log in Register