BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Johor Tahan Dua Individu, Rampas Dadah Bernilai RM8.49 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Polis Johor Tahan Dua Individu, Rampas Dadah Bernilai RM8.49 Juta​

e03ad44b8fd88aff88790e4ce9f704c86a7ad709410df

10d9c958e5fb1a46377a1b73ccd36ee36a7ad70161ccb

ec060bc61d71383b235955adbfe3ad506a7ad1c1c5750


Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM8.49 juta, dalam dua serbuan berasingan di kawasan Seri Alam, 5 Ogos lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata serbuan dilakukan di sebuah pangsapuri di Masai dan rumah teres di Taman Ehsan Jaya kira-kira 10.30 pagi.

Beliau berkata seorang lelaki berusia 30 tahun dipercayai penjaga stor simpanan dadah ditahan di pangsapuri berkenaan, manakala individu berusia 34 tahun, pembantu kepada dalang utama yang membayar gaji kepada penjaga stor diberkas di rumah teres.

“Hasil pemeriksaan di pangsapuri itu, kita merampas 132,600 biji pil Erimin 5, 53,000 biji pil ekstasi, 290 peket serbuk ekstasi, 13 peket plastik ketamin dan dua peket serbuk Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan keseluruhannya seberat 96.76 kilogram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Turut disita empat kenderaan iaitu Honda City Hatchback, Toyota Vellfire, BMW M4, Proton Saga dan sebuah skuter elektrik EZI Ray 01 serta wang tunai RM100,000.

Ab Rahaman berkata sindiket itu aktif mengedar untuk pasaran tempatan sejak Mei lepas dengan menggunakan pangsapuri berkawal dan berpagar sebagai stor penyimpanan.

Polis kini giat mengesan dalang utama sindiket itu, manakala kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau direman selama seminggu bermula 6 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 
Back
Top
Log in Register