combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,137
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,137
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Polis Tahan Tiga Individu, Rampas Serbuk MDMA Bernilai RM1.2 Juta
Datuk Azizee Ismail
Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga individu tempatan dan merampas methylenedioxymethamphetamine (MDMA) bernilai lebih RM1.2 juta, dalam dua serbuan di Seberang Perai Tengah, dekat sini pada Selasa dan semalam.
Ketua Polis Negeri Datuk Azizee Ismail berkata dalam operasi bermula 2 petang Selasa hingga 10 pagi semalam itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia 24 hingga 33 tahun.
“Dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita sebelum merampas 302 peket plastik pelbagai warna mengandungi serbuk disyaki MDMA seberat 8,086.80 gram (g) bernilai RM1.211 juta.
“Susulan serbuan itu, di kawasan sama, polis turut menahan seorang lagi lelaki dipercayai berperanan sebagai ‘runner’ kepada sindiket tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati, sindiket itu aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak April lepas dan dadah yang dirampas dipercayai boleh digunakan oleh sebanyak 26,956 penagih.
Azizee berkata ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis ketamin, manakala semakan rekod lampau menunjukkan dua lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah.
Beliau berkata polis turut menyita pelbagai harta dan wang tunai milik suspek bernilai RM215,783.20 antaranya dua buah kereta, 30 unit barangan kemas serta dua beg tangan berjenama, dengan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta RM1.43 juta.
Ketiga-tiga suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 16 Jun ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam kes berasingan, Azizie memaklumkan pihaknya menumpaskan dua pusat panggilan bagi sindiket penipuan pelaburan dalam talian, yang menyasarkan mangsa warga asing menerusi serbuan berasingan di Butterworth dan Batu Ferringhi, dekat sini semalam.