BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis cedera ditumbuk polis di Perak

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
chinapress_0.jpg


Seorang pegawai polis yang mengetuai unit integriti di Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak ditumbuk oleh seorang anggota polis ketika sedang makan di sebuah restoran di Ipoh, petang Sabtu lalu.

China Press melaporkan, kejadian itu dipercayai berlaku selepas anggota polis tersebut tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan tatatertib oleh mangsa yang merupakan pegawai unit integriti.

Mangsa telah membuat laporan polis setelah dicederakan, tetapi suspek turut membuat laporan dengan versi berlainan.

Anggota polis yang kini merupakan suspek itu mendakwa dia menumbuk pegawai atasan kerana marah selepas mangsa menunjukkan isyarat kurang sopan menggunakan jari.

Siasatan polis mendapati suspek mempunyai rekod disiplin, malahan pernah ditukar dan digantung kerja.

Difahamkan suspek telah menumbuk bahagian muka pegawai atasan sehingga mencederakan bahagian mata mangsa.

Suspek dikatakan turut mencabar mangsa supaya bertarung di luar restoran, namun pegawai unit integriti itu tidak menyahut cabaran tersebut kerana telah cedera di bahagian mata.

Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk menyiasat kes polis tumbuk polis tersebut.


http://malaysiagazette.com/ms/akhbar-cina/polis-cedera-ditumbuk-polis
 
kalau pegawai integriti ini menjalankan tugas dgn jujur... syabas diucapkan..
 
ada abang polis jiran aku sekarang ni dari unit ni la .. dia cakap tugas unit dia ni tak berapa disukai sangat tapi apa nak buat sebab dah amanah .. abang tu jugak orang masjid
 
Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk menyiasat kes polis tumbuk polis tersebut.

harap dapat diselesaikan dgn cepat, nanati ada peluang lagi urk kesan anggota yg nakal
 
Kalau org atasan kena tumbuk mcm neh, sapa masuk lokap dapat kat abam polis masalah disiplin, masak laaaaa....aduyai lunyai.:)
 
Back
Top
Log in Register